Honda RS150R V2 - ini sebabnya ia belum hadir di Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|
Desas-desus mengatakan Boon Siew Honda akan melancarkan varian terbaharu model super-cub RS150R memang benar, cuma ada sedikit info yang tersasar.

Semalam, rakan dari laman web Mekanika telah membuktikan bahawa varian yang bakal dilancarkan bukanlah dari model RS150R V2 atau Winner X yang telah dilancarkan di Vietnam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun apa yang kelihatan ialah model RS150R sekarang dengan beberapa perubahan kecil.

Menurut dari hasil penyiasatan kami dengan sumber-sumber rapat pada industri, Malaysia kemungkinan besar menjadi negara terakhir di rantau ini untuk menerima model tersebut.

Ini ialah kerana penjualan motosikal di Malaysia adalah yang rendah berbanding dengan pasaran kuat seperti Thailand, Vietnam dan Indonesia.

 

Jualan Motosikal 2018

  • Malaysia 0.47 juta unit
  • Filipina 1.6 juta unit
  • Thailand 1.8 juta unit
  • Vietnam 3.4 juta unit
  • Indonesia 6.4 juta unit

 

 

Walaupun kadar penjualan motosikal Malaysia dijangka meningkat sedikit untuk tahun 2019, namun ia masih cukup jauh ketinggalan.

Untuk memastikan pelaburan bagi memasang model baharu berbaloi di Malaysia dan paling penting, dapat dijual dengan harga yang mampu dibeli di pasaran, penimbangan dari segi kos perlu dihasilkan.

Salah satu cara ialah untuk menunggu agar kos pembikinan menurun selepas jualan di lokasi-lokasi lain di dunia sudah memuncak.

 

 

Menurut seorang lagi pemerhati bebas yang turut sudah lama di dalam industri motosikal, model RS150R V2 mungkin akan diperkenalkan di Malaysia selepas separuh kedua tahun 2020.

"Ia bukan kerana Boon Siew Honda tidak mahukan model itu. Ramai yang berfikiran wakil pengedar tempatan sengaja tidak mahu model-model terbaharu. Ini salah. 

Semua mahukan model yang paling baharu, cuma terpulang kepada ibupejabat samada ia merasakan sesebuah pasaran sudah bersedia atau tidak kerana produk itu milik mereka. Tak kan pengedar tempatan nak hentak-hentak kaki bawa masuk jika tidak dibenarkan!" ujar beliau.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…