Honda S2000 sambut ulang tahun ke-20 dengan penawaran aksesori baharu!

oleh Mohamad Hanif|
Antara kereta sports Honda yang masih tak lekang dek panas, dan tak lapuk dek hujan adalah Honda S2000 yang sudah pun berusia 20 tahun semenjak pengenalan pertama pada tahun 1999.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi meraikan usia Honda S2000 yang ke-20, Honda membuat keputusan dengan menawarkan pelbagai aksesori menarik dan tulen sebagai sebahagian daripada pakej S2000 20th Anniversary Prototype. 

 


Pakej tersebut terdiri daripada kit badan luaran yang merangkumi bumper aero hadapan dengan bukaan yang besar dan dilihat menambahkan dimensi kepada panjang asal Honda S2000 ini.

Menurut Honda, bumper hadapan ini bukanlah sekadar pertunjukan semata-mata, akan tetapi ia mampu meningkatkan prestasi aerodinamik dengan mengurangkan udara yang terperangkap di dalam ruang roda, sekaligus meningkatkan kestabilan ketika memandu laju di garisan lurus. 
 


Senarai aksesori tersebut diteruskan dengan komponen strake yang dipasang pada hadapan arca roda belakang dan spoiler ekor itik, di mana kedua-duanya merupakan aksesori asal daripada Modulo. 

Rim Yokohama Advan Racing turut diwarnakan dengan warna hitam dengan kontras warna perak, manakala sistem gantungan Honda S2000 turut dinaiktaraf kepada sistem suspensi yang lebih moden.

 


Memasuki ruang kabin, tempat duduk didatangkan dengan balutan warna merah, karpet merah, sistem audio dengan skrin sentuh daripada Panasonic di bahagian tengah papan pemuka. 

Untuk senarai penuh aksesori Honda S2000 20th Anniversary Prototype ini, anda harus bersabar menantikan tanggal 20 Februari, di mana Honda akan mengumumkannya beserta dengan harga jualan. 
 


Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada pakej ini terhad kepada pasaran Jepun atau dibuka kepada pasaran global. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan laporan terbaharu daripada MotorTrend, Honda telah mendaftarkan tanda dagang bagi nama…
Berita Domestik
Pameran Exhibition R dianjurkan oleh Honda Ban Lee Heng Melaka itu mengumpulkan lebih daripada 100…
Berita Global
Terbaharu, satu laporan yang muncul mencadangkan Honda sedang merancang untuk menghasilkan…