Honda Sasar Jadi Jenama Kereta Paling Selamat di Dunia Menjelang 2050

oleh Qalif Latif|
Honda kini menetapkan sasaran besar untuk menjadi antara jenama kereta paling selamat di dunia, dengan matlamat mencapai kadar sifar kematian dalam kenderaan mereka menjelang tahun 2050. Pada masa yang sama, syarikat gergasi Jepun ini juga mahu mencapai tahap neutral karbon dalam keseluruhan operasi, bermula daripada pengeluaran sehinggalah penggunaan kenderaan.

Menurut Presiden dan CEO baharu Honda Australia, Jay Joseph, usaha ini memerlukan perancangan yang teliti dan konsisten sejak dari sekarang.


“Untuk mencapai sasaran tersebut, kita perlu bermula dengan matlamat sifar pada tahun 2050, kemudian mengira ke belakang dan mengambil langkah setiap tahun untuk sampai ke situ,” jelas beliau.

Perjalanan ke Arah Neutral Karbon

Joseph menekankan bahawa kunci kepada neutral karbon dalam industri automotif ialah mengubah cara orang menggunakan tenaga untuk mobiliti. Dalam jangka masa terdekat, peralihan ini akan tertumpu kepada elektrifikasi melalui battery electric vehicles (BEV), dan juga hydrogen fuel-cell electric vehicles (FCEV) apabila infrastruktur menyokongnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa matlamat keselamatan dan neutral karbon walaupun kelihatan berasingan, sebenarnya berakar pada prinsip yang sama iaitu menjaga nyawa manusia serta tanggungjawab sosial.


“Satu matlamat mencegah kemalangan secara langsung, manakala satu lagi mengurangkan kesan jangka panjang mobiliti terhadap perubahan iklim dan pencemaran udara,” tambah Joseph.

Fokus pada Prinsip Teras

Honda menegaskan akan terus berpegang kepada beberapa prinsip utama dalam membangunkan produk masa depan mereka, termasuk faktor kebersihan, keselamatan, keseronokkan pemanduan dan nilai berpatutan.
“Mantra kami mudah, hasilkan kereta yang bersih, selamat dan menyeronokkan,” kata Joseph.

Beliau juga menegaskan tanggungjawab syarikat bukan hanya menghasilkan produk berkualiti, tetapi juga terhadap kesan operasi produk tersebut, khususnya pelepasan yang menyumbang kepada pencemaran.

Sumber: Drive.com.au

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Menerusi Honda Racing Corporation (HRC), syarikat itu memperkenalkan Heritage Racing Program,…
Gaya Hidup
Koleksi baharu ini dilihat lebih menarik perhatian peminat kereta Honda, berbanding siri terdahulu…
Berita Global
Selepas membatalkan beberapa projek kenderaan elektrik (EV) termasuk model 0 SUV, 0 Sedan serta…