Honda sedang bangunkan pengganti kereta sports S660

oleh Mohamad Hanif|
Honda diberitakan sedang membangunkan versi produksi bagi model konsep Sports EV bagi menggantikan model kereta sports kei S660 yang bakal ditamatkan produksinya pada Mac 2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut laporan daripada laman automotif Jepun Car Sensor, kelibat prototaip Sports EV itu dilihat sedang berlegar di sekitar ibu pejabat Honda di Aoyama di mana pembangunan kereta sports tersebut disifatkan berjalan lancar.

Berdasarkan model konsep yang dipamerkan pada tahun 2017 itu, Honda Sports EV merupakan sebuah coupe dua tempat duduk dengan dimensi sepanjang 3,950 mm, lebar 1,780 mm dan tinggi 1,450 mm.

 


Difahamkan, pembangunan Honda Sports EV ini bakal menggunakan asas daripada platform hatchback elektrik Honda e sedia ada, di mana EV tersebut mempunyai kuasa setinggi 154 PS dan pek bateri 35.5 kWh yang membenarkan jarak pergerakan sejauh 220 km.

Namun, kemungkinan besar model produksi bakal memiliki dimensi yang dipendekkan untuk dimuatkan ke dalam kategori kei car.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Jentera ini datang dengan konsep "coupe" dua pintu yang dikuasakan oleh elektrik sepenuhnya serta…