Honda semak harga SUV elektrik e:Ny1 di UK, kini lebih murah!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda e:Ny1
Honda e:Ny1
Kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik buatan Honda iaitu e:N1 begitu dekat di negara kita.

Bukan setakat dijual malah dikeluarkan di kilang Honda di Prachinburi, Thailand.

e:N1 atau beberapa lagi nama terlebih dahulu ditawarkan di China dan dipanggil e:Ny1 di Eropah.

Satu berita menarik untuk pelanggan di United Kingdom apabila Honda menyemak semula atau dalam bahasa mudah menurunkan harga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda e:Ny1

 

Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil.

Semasa diperkenal di UK pada Julai 2023 (tempahan pada Oktober), e:Ny1 Elegance dan Advance masing-masing dijual pada harga 44,995 pound dan 47,195 pound.

Promosi yang berlangsung dari Disember 2023 sehingga Januari 2024 pula menyaksikan Honda memberi sumbangan deposit sebanyak 8,000 pound.

Kini e:Ny1 Elegance dan Advance menjadi lebih murah iaitu 39,995 pound (RM238,234) dan 42,195 pound (RM251,507).

 

Honda e:Ny1

 

Harga itu menghampiri Kona Electric dan BYD Atto 3 namun masih lebih tinggi berbanding kedua-duanya.

Honda menjadikannya lebih menarik dengan menawarkan sumbangan deposit sebanyak 3,000 pound (RM17,883) sehingga 30 Jun.

Walaupun nampak sama seperti HR-V, e:Ny1 dibangunkan dari pelantar e:N Architecture F yang baru dibangunkan.

Pembangunan pelantar ditumpukan pada tiga ciri utama iaitu struktur badan ketegaran tinggi, pusat graviti rendah dan bahagian bawah lantai dengan perhatian pada ciri aerodinamik.

 

Honda e:Ny1

 

Tiga ciri tersebut diberi perhatian bagi memastikan e:Ny1 memberikan pemanduan yang menyeronokkan dan meyakinkan.

Besi kekuatan tinggi digunakan pada sebahagian atau 47 peratus badan e:Ny1 (berdasarkan berat).

Dari segi spesifikasi, e:Ny1 Advance lebih lengkap dengan bumbung kaca panoramik, kamera pelbagai pandangan, pintu but berkuasa dan Honda Parking Pilot.

Lebih kelengkapan juga bermakna lebih berat. e:Ny1 Advance mempunyai berat 1,752 kilogram (kg) berbanding 1,730 kg untuk e:Ny1 Elegance.

 

Honda e:Ny1

 

Spesifikasi elektrik Honda e:Ny1:

  • Bateri: Litium-ion 68.8 kWj
  • Jarak: 412 km (gabungan WLTC)
  • Kuasa: 150 kW / 204 ps, 310Nm
  • Pecutan 0 - 100 km/j: 7.7 saat
  • Kelajuan maksimum: 160 km/j
  • Pengecasan biasa AC 11 kW 10 - 80%: 6 jam
  • Pengecasan pantas DC 10 - 80%: 45 minit (maksimum 78 kW)
  • Kapasiti pengecas terbina dalam: AC 11 kW

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Honda e:Ny1

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Honda e:N1, atau lebih dikenali dengan nama e:Ny1 membawakan rupa paras luaran persis sebuah Honda…
Berita Global
Casis baharu untuk kenderaan elektrik bateri (BEV) itu mempunyai ketegaran torsi yang lebih baik…