Honda tak suka idea transmisi manual dalam EV

oleh Mohamad Hanif|
Selari dengan peredaran zaman yang kini lebih cenderung ke arah kenderaan elektrik, Toyota merupakan antara pengeluar yang sudi melabur untuk penyelidikan dan pembangunan demi memastikan keseronokan pemanduan yang dinikmati era ICE boleh diteruskan pada masa hadapan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Disebabkan itu mereka tampil dengan idea untuk meletakkan transmisi manual yang disimulasikan, setidak-tidaknya untuk diguna pakai pada kereta elektrik berprestasi tinggi kelak.

Namun, Honda tidak suka dengan idea tersebut.
 

manual


Menurut CEO Honda, Toshihiro Mibe dan ketua unit elektrifikasinya, Shinji Aoyama dalam temubual oleh Car and Driver mendedahkan mereka mungkin tidak akan membangunkan transmisi manual palsu untuk dimuatkan pada EV mereka.

"Kita boleh melakukannya, namun dari sudut mekanikal, ia bukan mudah," ujar Aoyama yang merujuk simulasi transmisi manual ini seperti 'lanjutan terhadap kawalan bunyi aktif'.

Beliau menambah, mereka lebih gemar mencari jalan lain untuk menjadikan EV lebih mengujakan dan seronok untuk dipandu, seperti teknologi bateri, pengaturcaraan serta kejuruteraan motor elektrik dan unit pacuan terus.
 

e


Kesemua ini dilihat merupakan faktor penting dalam membezakan pemanduan sesebuah kenderaan elektrik.

Jelas Mibe, adalah penting bagi EV jenama Honda menawarkan sesuatu yang berbeza daripada pesaing dari segi pengalaman pemanduan, namun beliau menambah, "saya tidak pasti sama ada kita boleh menggantikan peranan transmisi manual.
 

Type R


Untuk mereka yang masih lagi mahukan sebuah kereta Honda yang sedap untuk dipandu, Honda telah melancarkan model hot hatch Civic Type R dan Civic Si, di mana kedua-dua model tersebut masih lagi ditawarkan dengan transmisi manual.

Tidak ketinggalan, Acura Integra, sedan fastback lima pintu yang dibangunkan daripada platform Civic, dan penawaran transmisi manual yang hanya boleh didapati pada varian tertinggi sahaja.

Sumber: Car & Driver

Berita Berkenaan

Informasi
Malah pembayaran juga perlu dilengkapkan menerusi aplikasi Hello Smart App, dan bukan menggunakan…
Berita Global
Lebih 2,000 orang pekerja terjejas kesan daripada penutupan projek tersebut, namun menurut laman…
Telah Diuji
Di Malaysia, pengedaran dan penjualan kereta elektrik smart dikendalikan oleh Pro-Net, sebuah anak…