Honda tayang teaser Civic generasi baharu

oleh Mohamad Hanif|
Sedar ataupun tidak, generasi kesepuluh Honda Civic sudah pun berada di pasaran semenjak tahun 2015 lagi, dan sebelum ini kita telah menyaksikan gambar paten yang tersebar menampilkan bentuk sebenar generasi baharu sedan segmen C paling popular dari Honda itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, menerusi satu video yang diterbitkan baru-baru ini Honda secara rasmi mendedahkan teaser bagi Civic generasi kesebelas yang memaparkan kereta baharu itu dari pelbagai sudut.

 


Video berdurasi 15 saat itu turut mengesahkan Honda akan memperlihatkan secara rasmi Honda Civic baharu pada 17 November ini, namun besar kemungkinan ia bukanlah versi produksi, akan tetapi versi prototaip yang sudah sedia untuk memasuki barisan pemasangan.

Berdasarkan teaser ringkas tersebut, Honda menjanjikan perubahan penuh terhadap sedan segmen C itu, dan 'sekali lagi' bakal menjadi penanda aras terhadap segala aspek seperti stail, prestasi, keselamatan dan teknologi termaju di dalam segmen kereta kompak.

 


Dan daripada gambar paten yang terdedah sebelum ini, generasi baharu Honda Civic sudah menjadi lebih ringkas, dan tidak lagi menampilkan rekaan lampu belakang ketam yang menjadi identiti Honda Civic masa kini.

Jadi, apa pendapat anda berkenaan Honda Civic generasi baharu ini?

Berita Berkenaan

Berita Global
Samalah juga halnya dengan Porsche Macan EV yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, di mana…
Berita Global
Berdasarkan gambar yang sengaja digelapkan itu, terdapat beberapa petunjuk yang boleh dijadikan…
Berita Global
Difahamkan, 5 Series Touring boleh didapati secara eksklusif di pasaran Eropah, Jepun dan Taiwan…