Honda Thailand perkenal Jazz rupa baharu – RM70K hingga RM95K

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Jazz Thai 2017.04 BERITA GLOBAL Honda Thailand perkenal Jazz rupa baharu – RM70K hingga RM95K
Honda Jazz Thai 2017.04 BERITA GLOBAL Honda Thailand perkenal Jazz rupa baharu – RM70K hingga RM95K
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Malaysia adalah negara pertama di dunia apabila Honda mempertontonkan Jazz Hybrid namun Thailand merupakan negara pertama di dunia yang memasarkan Jazz rupa baharu. Model itu dilancarkan pada 18 Mei dan tampil dengan beberapa perubahan kosmetik seperti gril, bamper depan dan belakang baharu serta lampu utama LED dengan DRL.

Juga pertama kali diperkenalkan ialah varian RS dengan imej yang lebih sporti.

Apa yang membezakan varian RS dengan yang lain ialah emblem RS pada gril, rekabentuk bamper depan dan belakang bergaya, cermin sisi berwarna hitam dan kerusi dengan jahitan oren serta warna baharu Phoenix Orange.

Kelengkapan pada Jazz pula ialah paparan Multi Information Display, penyaman udara dengan panel skrin sesentuh, sistem penghidup satu sentuhan, skrin multimedia bersaiz 6.8 inci yang serasi dengan sambungan tanpa wayar telefon pintar, sambungan audio dan video melalui kable HDMI dan stereng dengan suis pelbagai fungsi.

Nadi kuasa Jazz masih sama seperti sebelum ini iaitu dengan enjin 1.5L SOHC i-VTEC berkuasa 117 hp dan tork 146 Nm pada 4,700 rpm. Enjin yang turut serasi dengan bahan api E85 itu dipadankan bersama transmisi CVT dan menariknya terdapat fungsi paddle shift tujuh kelajuan.

Pemilik juga diberikan kemudahan sistem kawalan jelajah (cruise control) dan sistem bantuan ECO.

Kelengkapan keselamatan pula terdiri daripada enam beg udara, VSA, HSA, ABS dengan ABD. Sama seperti City rupa baharu, Jazz didatangkan dengan kamera undur pelbagai sudut.

Di bawah ialah senarai harga Honda Jazz yang dipasarkan di Thailand;

  • Honda Jazz RS+  : 754,000 baht / RM 94,674.59
  • Honda Jazz RS :  739,000 baht / RM 92,799.05
  • Honda Jazz V+ : 694,000 baht / RM 87,148.22
  • Honda Jazz V : 654,000 baht / RM 82,118.49
  • Honda Jazz S CVT : 594,000 baht / RM 74,584.68
  • Honda Jazz S MT : 555,000 baht / RM 69,671.83

Terdapat enam pilihan warna yang ditawarkan iaitu Taffeta White, Modern Steel Metallic, Lunar Silver Metallic, Crystal Black Pearl, White Orchid Pearl, dan warna baharu Phoenix Orange Pearl.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…