Honda uji Civic Type R 2023 di Litar Suzuka

oleh Mohamad Hanif|
Untuk sebuah kereta berprestasi tinggi terakhir dengan enjin pembakaran dalaman Honda yang akan wujud kelak (setidak-tidaknya di Eropah), Honda mahu memastikan penawaran Civic Type R lebih menyerlah dan lebih berkeupayaan biarpun menggunakan rekaan serba baharu.

Bertempat di Litar Suzuka, Jepun, Honda kini sedang menjalankan ujian terhadap model hot hatch Civic Type R generasi baharu FL (FE kod nama untuk sedan).
 

Civic


Beberapa gambar teaser turut dibekalkan, dan meskipun ia masih lagi sarat dengan pelekat samaran, terdapat beberapa perincian menarik yang boleh didapati.

Seperti contoh, unit sayap belakang yang besar dan agresif, diikuti dengan tip ekzos posisi tengah, angkup brek Brembo berwarna merah, diikuti tayar Michelin Pilot Sport 4.
 

Civic


Jika dibandingkan dengan model Civic Type R FK8, rekaan Civic Type R baharu ini dilihat jauh lebih kemas tanpa sebarang elemen Gundam, namun ia jauh lebih agresif jika dibandingkan dengan Civic hatchback dan Civic Si.

Tiada sebarang spesifikasi didedahkan buat masa ini, namun Civic Type R generasi baharu ini dijangka menggunakan enjin 2.0 liter turbo yang dinaiktaraf dan ia bakal diperkenalkan secara rasmi pada tahun hadapan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Automotive News, selepas model Acura Integra 2023, Acura akan melancarkan…
Berita Global
Selain daripada membawakan resipi yang mudah dikenali peminat seperti pacuan roda depan dan…
Berita Global
Sayang sekali, ia bukanlah menandakan kemunculan rasmi hot hatch yang dinanti-nantikan itu,…