Dikatakan bakal membuat kemunculan pertama di Geneva Motor Show pada Mac ini, Honda telah menerbitkan sekeping imej rasmi yang nampaknya seperti prototaip Urban EV.
Menurut Honda, imej tersebut merupakan lakaran konsep terawal yang dibuat ketika perincian pra-produksi model konsep Urban EV dijalankan.
Sebelum ini, kita sudah pun melihat gambar intipan sebuah hatchback empat pintu berkuasa elektrik Honda Urban EV sedang diuji di jalan raya, memberikan gambaran bahawa model tersebut bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Honda Urban EV yang berkonsepkan urban retro ini bakal direalisasikan dalam bentuk hatchback lima pintu, berbanding konsep tiga pintu sebelum ini, dan mula memasuki pasaran menjelang akhir tahun 2019.
Ini bermakna, Honda Urban EV berkemungkinan besar akan dilancarkan secara rasmi pada acara Frankurt Motor Show pada September ini.