Honda Vario 160 2023 rasmi dilancarkan, dari RM9,998

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda hari ini secara rasmi melancarkan skuter premium sporti baharu Honda Vario 160, dengan peningkatan dari aspek enjin, rekaan dan ciri yang lebih sofistikated.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia dikuasakan oleh nadi silinder tunggal 157 cc dengan teknologi eSP+ (enhanced Smart Power Plus) menghasilkan 15.15 hp @ 8,500 rpm dan daya kilas 13.8 Nm @ 7,000 rpm.

Ia direka untuk penjimatan bahan api dan kelancaran tunggangan tanpa berkompromi aspek prestasi.

 

vario


Selain itu, Vario 160 menggunakan kerangka enhanced Smart Architecture Frame (eSAF) yang lebih ringan dan lebih tahan lasak, menyumbang kepada pengendalian yang lebih lincah untuk tunggangan seharian.

Vario 160 2023 mendapat kelengkapan seperti lampu LED penuh depan dan belakang, lampu nyalaan siang DRL LED, panel meter digital, sistem kunci pintar, slot pengecasan USB, serta ruang storan sebesar 18 liter.
 

va


Kedua-dua roda didatangkan dengan rim bersaiz 14 inci (saiz tayar 100/80-14 depan, 120/70-14 belakang), dibantu dengan sistem brek anti kunci (ABS) saluran tunggal).

Terdapat empat warna yang boleh dipilih seperti Vivacity Red, Pear Nightfall Blue, Sword Silver Metallic dan Mat Charcoal Grey Metallic.

Harga jualan bermula dari RM9,998 manakala Vario 160 dengan warna Mat Charcoal Grey Metallic dijual pada harga RM10,298.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Melalui pembelian Honda Vario 160 atau Vario 125 sepanjang tempoh kempen, pelanggan bertuah…
Pelancaran Motosikal
Ditawarkan dalam 2,000 unit sahaja, skuter 160 cc edisi terhad ini boleh didapati di semua pengedar…
Berita Domestik
Pakej Merdeka itu kini disertai oleh dua lagi model skuternya, dimana harga tunai ditawarkan…