Honda Wave 125i 2021 kini dengan enjin EURO4 - harga dari RM6,499

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda memperkemaskan lagi penawaran motosikal kapcai di Malaysia dengan melancarkan model Honda Wave 125i yang kini didatangkan dengan enjin 125 cc yang mematuhi piawaian Euro4.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Enjin silinder tunggal sejukan udara bersesaran 124.9 cc dengan teknologi Programmed Fuel Injection (PGM-Fi) itu berupaya menghasilkan 9.07 kuasa kuda @ 7,500 rpm serta daya kilas 10.1 Nm @ 5,000 rpm.

 

 


Kapasiti tangki bahan api pula adalah sebesar 5.4 liter yang membenarkan tunggangan yang lebih jauh tanpa perlu kerap singgah ke stesen minyak.

Honda Wave 125i juga menampilkan ciri ruang storan sebesar 18 liter, memudahkan penunggang memuatkan barangan peribadi dengan lebih selamat ketika menunggang.

 


Selain daripada itu, Honda Wave 125i juga mendapat ciri moden seperti lampu utama LED, paparan panel meter yang premium, serta kehadiran brek jenis cakera untuk roda depan dan belakang.

Saiz rim pula adalah sebesar 17 inci yang dibaluti tayar 70/90 - 17 M/C 38 P untuk bahagian hadapan, dan 80/90 - 17 M/C 50 P untuk roda belakang.

 


Tiga warna yang ditawarkan adalah Extravagant Gold Metallic, Candy Scintillate Red dan Pearl Nightfall Blue.

Model Honda Wave 125i boleh didapati di kesemua pusat pengedar sah Honda bermula 5 Mac 2021, dengan harga jualan bermula dari RM6,499.00, lengkap dengan jaminan

Harga tersebut merupakan harga cadangan jualan atas jalan tanpa cukai jalan, insurans, dan pendaftaran.