Honda WR-V 2023 - pesaing rapat Toyota Raize, Daihatsu Rocky di Indonesia

oleh Mohamad Hanif|
Honda Indonesia akhirnya melancarkan secara rasmi generasi kedua SUV kecil Honda WR-V (Winsome Roundabout Vehicle) yang merupakan versi produksi sebenar kepada SUV RS Concept yang diperlihatkan lewat tahun lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Diposisikan di bawah model HR-V, Honda WR-V 2023 tidak lagi merupakan sebuah crossover hatchback seperti WR-V terdahulu.

Sebaliknya, ia kini lebih ke arah sebuah SUV sebenar, dengan dimensi 4,060 mm, lebar 1,780 mm, tinggi 1,608 mm dengan jarak kelegaan tanah 220 mm.
 

WRV


Ruang kargo pula adalah sebesar 380 liter yang boleh ditambah besar dengan melipat tempat duduk baris kedua.

Bahagian depan WR-V ini menampilkan rekaan jeriji berbentuk heksagon, unit lampu LED yang nipis, lampu membelok jenis sekuential, perumah lampu kabus sedikit agresif dan kemasan sarang lebah pada bahagian bukaan bampar.
 

WRV


Bahagian sisi pula menampakkan rekaan pemegang pintu belakang yang tersembunyi sama seperti model HR-V, diikuti dengan pemasangan rim 16 inci (atau 17 inci untuk varian tertinggi).

Sementara bahagian belakang pula terdapat unit lampu LED dengan grafik yang lebih ringkas, serta plet nombor pendaftaran yang diposisikan pada bahagian bampar.
 

WRV


Ruang kabin Honda WR-V pula didatangkan dengan skrin sentuh Display Audio bersaiz tujuh inci, tambahan meter kluster TFT 4.2 inci untuk dua varian tertinggi, sistem pendingin hawa digital, serta empat pembesar suara (atau enam untuk versi RS.

Varian RS pula mendapat roda stereng dan tombol penukaran gear balutan kulit, tempat duduk gandingan fabrik-kulit, serta sistem pendingin hawa automatik.
 

WRV


Dari segi kuasa, Honda WR-V 2023 dijana dengan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC yang mampu menjana kuasa 121 PS @ 6,600 rpm dan daya kilas 145 Nm @ 4,300 rpm, dipadankan dengan transmisi CVT yang telah dipertingkatkan tahap kecekapannya.

Secara standard, Honda WR-V 2023 mendapat kelengkapan 4 beg udara, ABS, EBD, Bantuan Brek, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), sistem kemasukan tanpa kunci serta kamera undur.
 

WRV


Sementara varian RS yang tertinggi pula dilengkapi dengan enam beg udara, Honda LaneWatch, unit lampu utama automatik serta kelengkapan Honda SENSING yang merangkumi Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS), Sistem Pengekalan Lorong (LKAS), Notifikasi Pergerakan Kenderaan Hadapan (LCDN), Mitigasi Keluar Jalan (RDM), Bantuan Suluhan Tinggi (AHB) serta Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).

Di Indonesia, harga jualan Honda WR-V 2023 bermula dari Rp. 271,900,000 (RM82,416) hingga Rp 309,900,000 (RM93,934) untuk varian RS with Honda SENSING.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Yang mungkin mencuri tumpuan para pengunjung ialah kehadiran dua buah model baharu, iaitu Honda WR-…
Berita Global
Ya, walaupun menggunakan nama WR-V yang sama wujud di Malaysia, tapi Honda WR-V pasaran Jepun…
Berita Domestik
Dalam masa yang sama, Honda Malaysia turut meraikan pelanggan pertama yang berjaya mendaftarkan SUV…