Honda XL750 Transalp rasmi di Malaysia - dari RM56,800

oleh Firdaus Razani|
Boon Siew Honda bawakan motosikal terbaharu untuk pasaran motosikal adventure di Malaysia, iaitu Honda XL750 Transalp 2024.

XL750 dinadikan dengan enjin 755cc, dua-silinder selari, penyejuk cecair OHC empat lejang Unicam lapan valve engine dengan crank 270 darjah.

Trenkuasa tersebut memberi kuasa output sehingga 90hp pada 9,500rpm dan kuasa tork sehingga 75Nm pada 7,250rpm yang pasti memberikan lebih kuasa ketika lakukan aktiviti pengembaraan off-road.

 

bsh

 

Selain dari trenkuasa yang hebat untuk sebuah motosikal adventure, ciri sistem Throttle by Wire (TBW) pada XL750 pasti beri pengalaman tunggangan yang menarik dan mudah ditunggang.

 

bsh

 

Tambahan itu, XL750 Transalp mempunyai empat mod tunggangan iaitu SPORT, STANDARD, RAIN, GRAVEL yang menyesuaikan motosikal mengikut keadaan jalan ketika menunggang.

Turut disertakan dengan ciri assist and slipper clutch yang menggurangkan tekanan pada enjin ketika lakukan pertukaran gear sewaktu menunggang dalam pelbagai keadaan.

 

bsh

 

Untuk menyesuaikan reka bentuk adventure XL750, ia tampil dengan roda bersaiz 21 inci di hadapan dan 18 inci di belakang yang dibaluti tayar Metzeler Karoo Street atau Dunlop Mixtour.

Ia turut hadir dengan lima aras Honda Selectable Torque Control (HSTC), Anti-Locking Braking System (ABS) dan tiga aras Engine Brake (EB).

XL750 dibina dengan kerangka jenis diamond-style dan fork suspension hadapan Showa 43mm SFF-CATM (Separate Function Fork-Cartridge) jenis upside-down.

 

bsh

 

Dengan reka bentuk menarik, XL750 menampilkan sistem pencahayaan LED penuh kepada semua bahagian lampu, serta pada Emergency Stop Signal (ESS) yang pasti memberi visual yang lebih terang.

 

bsh

 

Selain itu, penunggang turut dapat menggunakan Honda Smartphone Voice Control (HSVC) melalui aplikasi Honda RoadSync yang disambungkan melalui telefon pintar.

Melalui sambungan itu, penunggang boleh lakukan panggilan telefon, muzik, dan sebagainya melalui voice command dan dipamerkan pada paparan TFT lima inci.

 

bsh

 

Honda XL750 Transalp ditawarkan dengan tiga pilihan warna, iaitu Mat Iridium Gray Metallic, Ross White dan Mat Ballistic Black Metallic dengan harga bermula dari RM56,800.

 

bsh