Honda XR150L 2023 diperkenal di AS, daripada RM13.3 ribu sahaja

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda XR150L 2023
Honda XR150L 2023
Tidak semua pengguna yang meminati motosikal kembara mahukan model berkuasa tinggi dan cukup sekadar untuk ke sana dan ke mari.

Atau motosikal tersebut diperlukan pengguna sebelum beralih ke sesaran lebih besar dan berkuasa tinggi.

Di pasaran sekarang sudah ada motosikal kembara dengan enjin 150 cc seperti CB150X atau motosikal dual sport XR150L 2023 untuk pasaran Amerika Syarikat (AS).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda XR150L 2023

 

Dari segi gayaan, sebagaimana siri XR, motosikal ini membawa pengaruh abang besar XR650L. Pelana berukuran 833 milimeter dan jarak kelegaan bumi 243.8 milimeter.

Agak tinggi untuk pengguna Asia dan motosikal dual sport walaupun bersesaran kecil tetap perlu beraksi dengan baik di laluan off-road. Berat pula 127.9 kilogram.

XR150L digerakkan enjin 149.2 cc empat lejang sejukan udara dengan transmisi lima kelajuan dan padanan rantai 428 dan gegancu 17T/49T.

Lupakan tentang sistem pancitan PGM-FI kerana motosikal ini kekal dengan karburetor dan enjin boleh dihidupkan dengan elektrik atau tendangan kaki.

 

Honda XR150L 2023

 

Untuk kembara ke bandar atau ke dalam hutan, honda membekalkan tangki 10.5 liter dan boleh ditunggang sehingga 556.8 kilometer.

XR150L menggunakan rangka besi supaya kukuh ketika beraksi lasak dan Honda memasang tempat membawa barang jenis besi berongga sebagai komponen standard.

Sepit udang depan jenis konvensional dan berukuran 31 milimeter dan dipadan bersama penyerap hentak tunggal di belakang. 

Jarak gerak roda (wheel travel) XR150L berukuran 7.1 inci di depan dan 5.9 di belakang dan memadai untuk meredah laluan lasak.

 

Honda XR150L 2023

 

Rim depan berukuran 19 inci dengan tayar 90/90 dan padanan 17 inci 110/90 di belakang.

Motosikal ini diperlahankan angkup brek hidraulik dua omboh dengan cakera 240 milimeter dan brek gelendong di belakang berukuran 110 milimeter.

Sebagai sebuah motosikal dual sport tidak lengkap tanpa aksesori dan Honda menawarkan barangan seperti beg tangki, beg sisi, pelindung tangan, plat kelincir dan soket aksesori 12V.

Sesaran enjin kecil dan komponen ringkas, Honda XR150L ditawarkan pada harga AS$2,971 (RM13,298.68) (MSRP).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Honda XR150L 2023