Honda ZR-V 2023 mendarat di Jepun April tahun depan

oleh Mohamad Hanif|
Honda mengumumkan penjualan bagi model SUV ZR-V yang akan bermula pada 21 April 2023 untuk pasaran Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lebih dikenali dengan nama HR-V untuk pasaran Amerika Syarikat, ZR-V 2023 JDM boleh didapati dengan dua pilihan enjin.

Pembeli boleh mendapatkan model dengan enjin 1.5 liter turbo (180 hp/220 Nm) atau trenkuasa hibrid i-MMD 2.0 liter yang sama didapati pada model Civic e:HEV, dengan kuasa keseluruhan 181 hp dan 315 Nm.
 

ZR-V


Kedua-dua trenkuasa ini dipadankan dengan transmisi CVT, serta pilihan pacuan roda depan atau semua roda bergantung kepada spesifikasi.

Dengan adanya model ZR-V, ia dilihat akan menggantikan terus peranan yang ditinggalkan oleh Honda CR-V.

Sebelum ini, Careta ada melaporkan bahawa Honda telah menghentikan penjualan bagi model CR-V, Accord dan Insight di pasaran Jepun disebabkan oleh permintaan yang tidak memberangsangkan.
 

ZR-V


Ini bermakna, pembeli di Jepun boleh mendapatkan model ZR-V, ataupun HR-V yang lebih kecil saiznya.

Harus diingatkan, Honda ZR-V sebenarnya lahir dari platform Civic FE, dan ia dilihat mampu memberikan saingan terus kepada SUV Toyota Corolla Cross.

Baca: Honda ZR-V 2023 pasaran Jepun

Baca: Honda HR-V 2023 pasaran Amerika Syarikat

Baca: Honda Jepun henti penjualan Accord, CR-V, Insight

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak cukup dengan satu SUV, Honda baru-baru ini melancarkan sebuah lagi model baharu menerusi…
Berita Global
  Dipasarkan di Jepun, Honda Access Co., Ltd. turut menawarkan pelbagai aksesori tulen untuk ZR-V…
Berita Global
  Dari segi reka bentuk, ZR-V nampak sedikit berbeza dengan model Amerika Syarikat dan China.…