
Dari segi reka bentuk, ZR-V nampak sedikit berbeza dengan model Amerika Syarikat dan China.
Paling ketara ialah rekaan bampar depan dengan gril yang melintang.
Body cladding Jepun juga dibuat sama warna dengan badan dan lebih kepada gayaan urban berbanding lasak pada model Amerika Syarikat dan China.
Selain dua ciri tersebut, reka bentuk roda ZR-Z nampak sama seperti pasaran lain.
Honda memaklumkan ZR-V dibangunkan di bawah konsep glamorous & elegant dan boleh dipersetujui melalui gambar yang diberikan.

Bahagian dalam pula dilihat sama dengan model pasaran lain dan permainan warna pada ZR-V Jepun kelihatan lebih elegan.
Berkenaan rangkaian kuasa, sudah menjadi standard Honda untuk menawarkan nadi hibrid dan turbo.
ZR-V adalah SUV pertama Honda dilengkapi nadi Sports e:HEV yang menggabungkan enjin 2.0 liter dan sistem dua motor hibrid e-CVT.
Turut ditawarkan ialah enjin 1.5 liter turbo dan dipadan bersama transmisi CVT. Kedua-dua pilihan enjin akan ditawarkan dengan pilihan pacuan AWD real-time.

Selepas Jepun ke mana pula destinasi ZR-V? ASEAN dan Malaysia?
Belum pasti lagi dan ianya satu produk menarik pada masa pengguna gemarkan SUV dengan HR-V telah menerima 20,000 tempahan!
ZR-V dibina dari platform Honda Civic FE dan lebih luas berbanding HR-V. Saingan terdekat ialah Toyota Corolla Cross yang juga dibina dari platform TNGA-C Corolla.
Penulis: Muhammad Md Tajudin
