Hong Leong Yamaha lancar skuter modern XMAX 250 (RM22,498.50)

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Akhirnya terjawab sudah.

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan maxi-skuter terbaharu mereka, XMax 250 dan ia akan mula hadir di wakil-wakil penjual Yamaha bermula pada hujung bulan Mac ini.

Menggunakan enjin Bluecore satu slinder 250 cc empat-lejang dengan sejukan cecair serta Single Overhead Camshaft (SOHC), 4-injap, sistem suntikan bahan api dan transmisi CVZT, skuter modern ini melepasi piawaian asap Euro 4.

 

 

Antara yang modern dari segi teknikal ialah acu sesondol dari jenis satu komponen (one-piece) yang kompak dan tegap agar XMax lebih ringan dan kurang menghasilkan bunyi mekanikal dari enjin.

XMax ini turut menerima DNA dari abangnya, TMax. Antara kelengkapan pada XMax 250 ialah:

  • Sistem brek ABS untuk roda depan dan belakang
  • Traction Control System (TCS) 
  • Ruang simpanan bawah pelana yang mampu memuatkan dua helmet full-face
  • Kunci smart-key dengan fungsi answer back, yang boleh menjawab balik dengan bunyi bila butang ditekan (bagus bila kita tak tahu di mana pula kita parkir XMax di kawasan parking yang padat).

 

 

  • Lampu depan dan belakang jenis LED
  • Panel meter LCD sepenuhnya
  • Soket 12V untuk kegunaan mengecaj alatan mobil
  • Bar hendal boleh-laras agar sesuai untuk penunggang pelbagai saiz dan ketinggian.
  • Cermin depan boleh-laras untuk posisi paling aerodinamik

Dua warna ditawarkan, warna putih metalik dan warna perang Rusty.

 

 

Harganya bermula dari RM22,498.50 termasuk GST, tidak termasuk insurans dan kos pendaftaran.

Seperti biasa, Careta sarankan agar tanya kepada beberapa pengedar kerana harga jualan tertakluk kepada pengedar.

 

 

Spesifikasi Yamaha XMax 250

Enjin
Silinder tunggal 250cc, sejukan cecair,4-lejang, SOHC, 4-injap

Kuasa maksimum
22.5 hp @ 7,000 rpm

Tork maksimum
24.3 Nm @ 5,500 rpm

Sistem bahan api
Pancitan (injection)

Transmisi
V-belt automatik

Tinggi pelana
795 mm dari bumi

Berat basah
179 kg

Tangki bahan api
13 liter

Brek
Cakera tunggal 267 mm (depan)
Cakera tunggal 245 mm (belakang)

Sistem gantungan
Fork teleskopik jarak gerak 110 mm(depan) 
Unit berbuai jarak gerak 79 mm (belakang)

Saiz tayar
120/70-15 (depan)
120/70-14 (belakang)

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…
Informasi
Maka tidak menghairankan apabila garaj rumahnya yang terletak di Kampung Gong Badak, Terengganu…