Hong Leong Yamaha Motor perkenal program lanjutan tempoh jaminan

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) melancarkan program lanjutan tempoh jaminan bagi pelanggan di Malaysia.

Dengan adanya program ini, para pelanggan akan menerima tambahan tempoh jaminan selama satu tahun kepada jaminan setahun sedia ada. 

Ini bermakna, kesemua model Yamaha layak menerima jaminan selama dua tahun atau sehingga 20,000 jarak perbatuan yang mana terdahulu. 

Walaubagaimanapun, program ini hanya sah kepada mana-mana model motosikal yang didaftarkan selepas 1 Julai 2019. 

Selain daripada itu, HLYM juga ingin menekankan bahawa jaminan ini juga hanya sah sekiranya motosikal tersebut berada di dalam keadaan standard tanpa modifikasi, diservis di pengedar sah Yamaha dan menggunakan alat ganti tulen Yamaha sahaja. 

Untuk senarai penuh syarat dan terma boleh dirujuk pada pautan di bawah:

http://www.yamaha-motor.com.my/wp-content/uploads/2019/06/Extended%20Warranty-BM.pdf

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Inisiatif tahun ini dikenali sebagai "Fiesta Ride Smart, Ride Selamat" dengan objektif untuk…
Pelancaran Motosikal
Yamaha Y16ZR 2024 kini membawakan ciri keselamatan brek anti-kunci (ABS) saluran tunggal, diikuti…
Pelancaran Motosikal
Difahamkan, model edisi terhad dengan liveri warna baharu ini hanya akan diproduksikan sebanyak 600…