Jika dilihat sekali imbas, sipi-sipi dah rupa macam Rolls Royce dan dua kali pandang macam Bently! Tapi yang ini, rekaannya menampilkan gaya retro yang diinspirasikan dari model CA 770 1963.
Hongqi bermaksud, bendera merah, yang dibina khas untuk golongan elit iaitu pemerintah komunis China.
Jika dilihat dari rupa eksterior, jentera ini memang nampak klasik dengan lampu bulat dan gril besar di bahagian depan. Lampu belakang menegak pula sekali lagi, sama seperti model CA 770.
Jentera ini mempunyai berat hampir tiga tan dengan kepanjangan hampir 5.5 meter dari bamper ke bamper.
Untuk bahagian interior pula, jentera ini tak nampak murah dan lekeh. Ia ditampilkan dengan kerusi yang dibalut kulit serta ukiran kayu pada bahagian papan pemuka yang memberi rupa lebih ekslusif dan mewah.
Jentera ini didatangkan dengan enjin V12 6.0L, dan L5 akan memecahkan tradisi dengan penampilan enjin turbocaj V8 4.0L yang mampu menghasilkan kuasa yang sama tinggi dengan yang dihasilkan oleh enjin V12 biasa, dan transmisi automatik lapan kelajuan.
Apa kata anda mengenai jentera ini?
Sumber diambil dari digitaltrends.com
Gambar diambil dari autoweek dan caradisiac