Hongqi S9 merupakan sebuah hypercar hibrid yang dijana dengan enjin V8T dan tiga motor elektrik yang berupaya menghasilkan kuasa setinggi 1,400 hp!
Dari pegun, Hongqi S9 mampu mencapai 100 km/j dalam masa 1.9 saat dan kelajuan tertinggi 400 km/j, sementara pek bateri pula dikatakan mampu membenarkan operasi sifar emisi sejauh 40 km.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, pembangunan Hongqi S9 turut mendapat sentuhan daripada pereka lagenda, Walter De Silva yang sebelum ini bertanggungjawab membangunkan rekaan Audi R8, Lamborghini Egoista dan Volkswagen Scirocco.
Tidak banyak spesifikasi yang didedahkan buat masa ini, namun Hongqi S9 hanya akan diproduksikan sebanyak 99 unit sahaja dengan penghantaran bermula seawal 2022.
Produksi hypercar ini akan mengambil tempat di Modena, Itali di mana ibu pejabat Silk EV terletak, sementara model-model Hongqi yang lain akan dihasilkan di China.