Dan nampaknya, Ken Block kini berminat terhadap Mustang generasi ketiga yang diproduksikan dari tahun 1978-1993 untuk dijadikan sebagai jentera belasahan beliau, digelar sebagai Project Hoonifox.
Ini merupakan projek terbaharu beliau menggunakan kenderaan klasik Ford selepas Projeck Hoonicorn (Ford Mustang 1965), serta Project Hoonitruck (Ford F-150 1977).
Jentera ini bakal beraksi di dalam video ke-11 siri Gymkhana dan beliau dibantu oleh insan yang bertanggungjawab merekabentuk Batmobile baharu.
Spesifikasi jentera ini masih tidak didedahkan memandangkan kereta ini masih lagi di dalam bentuk konsep tiga dimensi, namun antara pilihan yang ada termasuklah nadi V6 Ecoboost turbo berkembar, atau nadi V8 Roush Yates yang sama seperti Hoonicorn V1.
Atau mungkin sekali trenkuasa elektrik 1,400 hp yang pernah kami paparkan pada jentera drag Mustang tempoh hari.