Hoonipigasus - jentera Ken Block berkuasa 1,400 hp untuk Pikes Peak

oleh Mohamad Hanif|
Selepas 'berpisah' daripada Ford, pelumba dan selebriti Ken Block mula menjalinkan kerjasama dengan Audi dan kini beliau tampil dengan sebuah jentera baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kali ini bukannya daripada Audi, akan tetapi sebuah Porsche 911 yang diberikan nama sebagai Hoonipigasus untuk perlumbaan Pikes Peak.

Jentera Hoonipigasus yang dibina oleh BBi Autosport ini dikuasakan oleh nadi flat-six 4.0 liter turbo berkembar yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 1,400 hp yang diposisikan di bahagian tengah (midship), sistem pacuan semua roda dan mempunyai berat sekitar 1,000 kg sahaja.
 

Hoonipigasus


Sistem gantungan Hoonipigasus ini boleh dilaraskan tahap ketinggiannya berdasarkan data daripada GPS dan telemetri daripada perlumbaan tahun lalu.

Rupa paras sebenar 911 kini sudah 'hilang' dan menerima modifikasi bagi memastikan ia sesuai dengan perlumbaan Pikes Peak.
 

Hoonipigasus


Ia dipasangkan dengan splitter depan dan sayap belakang yang agak besar bagi membolehkannya menjana daya turun yang diperlukan, diikuti dengan fender depan dan belakang yang lebar, sementara bahagian belakang pula kini menyerupai sebuah Beetle yang ditambah dengan spoiler ekor itik dan liang kemasukan udara pada bahagian bumbung.

Liveri merah jambu Hoonipigasus ini diinspirasikan daripada liveri Pink Pig jentera lumba Le Mans Porsche 917/20 tahun 1971.
 

Hoonipigasus


Hoonipigasus akan membuat kemunculan rasmi di Pikes Peak International Hill Climb pada 26 Jun 2022 bersempena ulang tahun yang ke-100.