Hot Wheels pamer koleksi baharu JDM - Mazda RX-7 FC, Nissan Sentra, Nissan Z, Toyota Celica, Toyota LiteAce!

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi acara Japanese Classic Car Show yang berlangsung baru-baru ini, Hot Wheels memperlihatkan barisan model-model diecast jenama Jepun terbaharu yang bakal membocorkan lagi poket para pengumpul dan peminat tegar kereta bersaiz tiga inci ini.

Menerusi gambar yang diperoleh daripada FB Lamley Group, antara model baharu yang diperlihatkan termasuklah Mazda RX-7 FC3S Pandem, Nissan Z 2023, Nissan Sentra SE-R (B13), serta Nissan Skyline R34 Liberty Walk yang diinspirasikan daripada jentera lumba Super Silhouette Formula.

 


Selain daripada itu, ia juga turut menampilkan model Toyota seperti Toyota Celica GT-Four (generasi keenam), serta sebuah van Toyota LiteAce!

Turut mencuri tumpuan adalah kehadiran replika jentera drift Nissan Silvia S15 HKS yang pernah dipandu oleh pelumba Nobuteru Taniguchi suatu ketika dahulu.

Difahamkan kesemua model yang disebutkan itu tadi bakal menyertai barisan model-model diecast Hot Wheels untuk tahun 2022.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Perjalanan The Misfit memang menarik, kereta ini dipilih daripada 100 penyertaan dan dibina…
Berita Global
Jentera yang boleh drift dengan sendirinya itu kini boleh dimiliki oleh orang ramai dalam bentuk…
Berita Global
Pada 24 Mac yang lalu, Hot Wheels telah membuka undian kepada ahli kelab Red Line Club dengan…