HR-V baharu - sambutan hebat, waktu menunggu sehingga 12 bulan!

oleh HEZERI SAMSURI|
Honda Malaysia nampaknya menerima sambutan luar jangkaan dengan HR-V terbaharu mereka.

Walaupun ia masih belum dipertontonkan secara umum (hanya beberapa sesi tertutup di dewan pameran), HR-V generasi ketiga ini menerima tempahan yang cukup menggalakkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut pengedar-pengedar Honda yang kami hubungi, sambutan yang diterima jauh lebih baik dari Honda Civic dan dari HR-V generasi kedua terdahulu.

"Ini mungkin kerana rekabentuk yang lebih modern serta tekanan untuk membuat tempahan sebelum tempoh insentif SST berakhir," ujar salah seorang dari pengedar tersebut.

Laman web PaulTan pula melaporkan waktu menunggu untuk HR-V sudah mencecah sehingga 12 bulan. Honda Malaysia dikatakan sudah menasihatkan pengedar-pengedarnya untuk tidak memberikan "janji-janji manis" dan menerangkan tempoh menunggu yang sedia ada.

"Memang ada varian yang cukup diminati sehingga waktu menunggu lebih dari 12 bulan," terang seorang lagi pengedar.

Pengedar-pengedar juga diminta untuk sentiasa memberikan perkembangan terkini berkaitan tempahan kenderaan pelanggan.

 

 

Masalah tempoh menunggu yang lama bukan hanya dialami oleh Honda tetapi oleh kesemua pembuat kenderaan, terutama dengan varian-varian popular.

Ada empat varian HR-V yang ditawarkan:

  • Grade S dengan enjin bukan turbo
  • Grade E dengan enjin turbo
  • Grade V dengan enjin turbo
  • RS e:HEV dengan sistem hibrid

Varian bukan turbo menggunakan enjin L15ZE yang digunakan oleh Honda City sementara enjin turbo L15C3 pula adalah untuk varian E dan V.

HR-V RS e:HEV pula menggunakan trenkuasa yang sama dengan City RS sedan, tetapi dengan 22 PS lebih tinggi.

Percaturan Honda Malaysia dengan empat varian tersebut nampaknya berhasil dan jualan HR-V dijangka akan memintas jualan sedan sporty mereka, Civic.

Bagi Careta, Civic terkini adalah lebih sesuai untuk mereka yang benar-benar minat memandu kerana gaya pemanduan Civic yang terasa sedikit Eropah itu mampu meruntun jiwa dan perasan seorang kaki kereta.

HR-V adalah lebih praktikal sebagai sebuah kenderaan keluarga atau kenderaan gaya hidup.

Tepuk dada tanya selera, dan tak sabar menunggu, mungkin rugi di kemudian hari? 

Lihat video pandu uji Careta bersama Honda HR-V di Thailand di bawah!
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jelasnya, pemeriksaan yang teliti terhadap keretanya telah dilakukan dan pihak Honda mendapati…
Berita Global
Menurut Consumer Reports, kempen panggil semula perlu dibuat disebabkan oleh risiko keselamatan…
Berita Domestik
Menurut perkongsian Noriya di Facebook, kereta yang diterimanya pada 26 Ogos 2023 mula mengalami…