Hujan lebat tak henti-henti, bumbung LRT bocor masuk air

oleh Penyumbang Rencana|
foto tangkap layar dari video
Bumbung salah sebuah tren transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya mengalami masalah kebocoran sehingga menyebabkan air hujan menitis masuk ke dalam ruangan penumpang susulan hujan lebat berterusan sejak Sabtu.

Menerusi video tular di media sosial, kejadian tersebut dikatakan berlaku pagi tadi namun setakat ini pihak Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden terbabit.

Sementara itu, di ruangan komen beberapa pengguna mendakwa kejadian bumbung tren LRT bocor sudah kerap berlaku terutama ketika hujan lebat.

Antara komen pengguna, "asyik berulang masalah sama. Hujan lebat sikit, tren bocor. Tak ada pemantauan kah? Tak akan jadi insiden luar jangka baru nak bertindak,” tegur seorang pengguna.

Video di https://www.facebook.com/share/r/1B1P1z2WDn/

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan, tiada kesesakan luar biasa direkodkan sama ada di stesen…
Berita Domestik
Anthony Loke turut merujuk gangguan terbaharu yang berlaku semalam, yang sekali lagi menjejaskan…
Informasi
"Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) telah melaksanakan beberapa usaha untuk meningkatkan kekerapan…