Hummer mungkin muncul balik dalam versi ELEKTRIK

oleh HEZERI SAMSURI|
Jenama Hummer, walaupun sudah lama ditamatkan, masih lagi mempunyai nilai-nilai komersil, terutama kepada mereka yang mahukan kenderaan yang tampak mewah walaupun tidak berapa pasti apa yang dipandunya.

Sebuah laporan dari agensi berita antarabangsa, Reuters nampaknya memberikan bayangan bagaimana General Motors (GM), pemilik jenama Hummer akan menggunakannya bagi produk masa hadapan mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk menjawab permintaan persatuan untuk pekerja-pekerja GM, United Auto Workers (UAW) yang mahukan sebuah kilang kekal dibuka, Reuters melaporkan bahawa sumber mereka percaya kilang Detroit-Hamtramck akan dikekalkan dengan perancangan untuk membina "produk-produk" baharu di sana.

"Antara produk tersebut ialah sebuah generasi baharu trak pikap dan SUV elektrik," kata sumber tersebut.

Pembinaan akan dimulakan pada penghujung tahun 2021 

Program BT1 yang membabitkan pembinaan trak dan SUV elektrik itu akan menjadi program utama dalam pelaburan US$3 bilion untuk kilang Detroit-Hamtramck.

Ia adalah sebahagian dari pelaburan bernilai US$7.7 bilion oleh GM untuk kilang-kilangnya di US dalam masa empat tahun akan datang.

"Program BT1 akan menghasilkan sebuah trak pikap elektrik untuk GMC dan sebuah SUV elektrik untuk Cadillac," sambung sumber tersebut dengan lebih terperinci.

 

 

Trak pikap dan SUV di dalam program BT1 itu akan menggunakan pelan arkitek kenderaan elektrik khusus, termasuk kerangka "skateboard" yang mengandungi motor elektrik dan baterinya sekali.

"Trak GM elektrik itu bakal dijual dengan harga US$90,000 atau lebih sementara kenderaan lain akan melebihi julat US$100,000," katanya.

GM bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen atas spekulasi ini.

Apapun, GM tidak begitu cemerlang di rantau Asia Tenggara.

Jenama Chevrolet yang dipilih untuk digunakan di sini tidak begitu menyerlah kerana kekurangan produk-produk yang menarik dan relevan.

Chevrolet juga sudah tidak lagi diwakili di Malaysia setelah kontrak bersama Kumpulan Naza tamat pada penghujung tahun lalu.

Masih tiada lagi pengedar baharu jenama Amerika Syarikat itu di Malaysia sehingga hari ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
General Motors yang kini telah mempunyai rancangan untuk mengendalikan empat loji bateri di sebuah…
Berita Global
Cruise itu yang bergerak sendiri tanpa pemandu, tidak berhenti dan terus melanggar wanita tersebut…
Berita Global
  Kenderaan tanpa pemandu yang digunakan ialah Cruise Origin dan dibangunkan secara bersama oleh…