Hypercar Red Bull RB17 didedahkan - Jentera litar dengan nadi V10, 1000 HP, berat 900 kg!

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Selepas bertahun khabar angin dan spekulasi, Red Bull akhirnya telah mendedahkan hypercar pertamanya iaitu Red Bull RB17 bertempat di acara Goodwood Festival of Speed 2024.

Hypercar berenjin tengah dengan dua tempat duduk itu menghasilkan lebih 1,200 HP, yang dikuasakan oleh nadi 4.5 liter V10 NA bersama bantuan motor elektrik yang mampu menjerit sehingga 15,000 rpm!

Motor elektrik pada RB17 sendiri mampu menghasilkan 200 HP daripada jumlah 1,200 HP, di mana baki 1,000 HPV dihasilkan oleh nadi V10 tersebut.

 

2

 

Kuasa disalurkan ke roda belakang melalui kotak gear berjujukan (sequential) enam kelajuan bersama LSD (Limited Slip Differential) aktif yang mengunci secara hidraulik.

Hadir sebagai jentera litar dengan produksi terhad, RB17 mempunyai berat 900 kg sahaja! Angka berat yang luar biasa itu disumbang dengan penggunaan monocoque dua tempat duduk gentian karbon.

Aspek aerodinamik pastinya menjadi ciri penting untuk RB17, di mana pakar kejuruteraan Red Bull iaitu Adrian Newey sekali lagi mempamerkan hasil kerja terbaiknya.

 

3

 

Menurut Red Bull RB17 menghasilkan sehingga 3,747 paun daya turun, atau hampir dua kali ganda beratnya sendiri.

Ia dilengkapi sistem pengurusan roda yang dimasukkan ke dalam badan untuk melancarkan aliran udara di sekeliling tayar, serta sayap depan dan belakang aktif untuk melaraskan daya turun kepada senario yang berbeza.

Antara ciri lain yang dilengkapi pada RB17 ialah sistem suspensi pushrod boleh laras, kawalan aktif ketinggian, dan juga sistem brake-by-wire.

 

4

 

Hadir dengan brek karbon, RB17 juga hadir standard dengan rim gentian karbon bersaiz 18 inci yang dibaluti tayar lumba khas dari Michelin. Pelanggan turut ditawarkan dengan pilihan rim bersaiz 20 inci.

Terdapat pilihan tempat duduk tersuai, kotak pedal boleh laras dan storan terbina untuk meletakkan barang seperti sut lumba dan topi keledar.

Setiap unit RB17 juga didatangkan dengan waranti 2 tahun atau 4,000 kilometer (mana-mana dahulu), dan menurut Red Bull, RB17 mampu bertahan untuk menyertai perlumbaan 24 jam tanpa diservis.

 

5

 

Servis biasa boleh dilakukan di ibu pejabat Red Bull, pusat servis tempatan, atau di lokasi pelanggan, sementara servis utama yang dilakukan setiap 8,000 kilometer wajib dibuat di ibu pejabat Red Bull.

Tiada harga yang didedahkan setakat ini, hanya 50 unit Red Bull RB17 akan dihasilkan dan semuanya telah habis dijual.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mateschitz, 32, anak kepada mendiang bilionair Austria, Dietrich Mateschitz, yang merupakan…
Berita Domestik
  Kerjasama ini dirasmikan menerusi majlis menandatangani kontrak bersama tiga Pasukan Lumba…
Berita Global
Perkara itu telah diumumkan oleh Ford bertempat di New York semasa majlis pelancaran livery tahun…