Salah satu daripada peneraju di dalam elektrifikasi, Hyundai turut berkongsi pendapat yang serupa.
Menurut laporan daripada CarExpert, penasihat teknikal eksekutif Hyundai Albert Biermann menjelaskan, "kami sedang meneruskan usaha untuk mencapai tahap berikutnya (untuk enjin pembakaran dalaman). Kami tiada pilihan lain.
"Maksud saya, kami tidak akan berputus asa terhadap enjin pembakaran dalaman, memandangkan kami merupakan pemain industri di peringkat global. Dan tiada infrastruktur tersedia untuk kenderaan elektrik untuk beberapa tempoh di beberapa wilayah," ujarnya lagi.
Tidak banyak negara yang bersedia sepenuhnya untuk peralihan kepada penggunaan kenderaan elektrik, malah kadar penggunaan juga turut berbeza mengikut negara.
Ada sesetengah negara yang masih lagi belum membina walau satu pun stesen pengecasan.
Sehingga EV menjadi satu perkara yang lebih mampu milik dan sesuai digunakan untuk semua golongan, Hyundai akan terus bekerja membangunkan enjin pembakaran dalaman.
"Kami akan terus menggunakan enjin pembakaran dalaman, namun adakah kami akan menyediakan keluarga enjin baharu? Ya, maksud saya, anda harus mengikuti undang-undang emisi semasa dan ia memerlukan pembangunan yang lebih serius.
"Euro 7 seperti contoh, ia agak mencabar," jelasnya lagi.
Selain daripada BEV, Hyundai juga turut meneroka penyelesaian alternatif seperti yang diperlihatkan menerusi model Vision 74 Concept sebelum ini.