Hyundai beli syarikat robot Boston Dynamics

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang mengikut rapat perkembangan teknologi semasa, nama Boston Dynamics mungkin tidak asing lagi didengari, memandangkan ia merupakan sebuah syarikat yang turut menghasilkan barisan robot-robot yang berkeupayaan tinggi dengan ciri yang aneh dan sedikit menggerunkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam satu pengumuman yang dibuat baru-baru ini, Hyundai Motor Group dikatakan telah berjaya memperoleh 80 peratus pegangan di dalam syarikat tersebut bernilai $1.1 billion.

Sementara itu Softbank Group masih lagi mengekalkan 20 peratus pemilikan.

 


Kesan daripada pemilikan itu membolehkan Hyundai menggunakan inovasi pintar daripada syarikat Boston Dynamics di dalam memajukan kenderaan autonomi, dan dalam masa yang sama meneruskan kolaborasi dalam membangunkan pengilangan komponen robot dan solusi logistik.

Boston Dynamics mempunyai fasiliti yang terletak di Boston dan Silicon Valley, dan kelebihan ini membolehkan Hyundai mendapatkan akses kepada pencarian bakat terpendam untuk diserapkan sebagai pekerja atau rakan kongsi pada masa akan datang.

 


Dalam pengumuman itu lagi, Hyundai juga dikatakan bakal membangunkan robot humanoid untuk diaplikasikan dalam penjagaan pesakit di hospital.

Ini mengingatkan kita kepada projek robot Asimo yang dibangunkan oleh Honda suatu ketika dahulu, namun malangnya projek Asimo itu telah pun ditamatkan pada tahun 2018.

Berita Berkenaan

Berita Global
Robot pegawai keselamatan ini menggunakan asas daripada robot 'Spot' buatan Boston Dynamics (yang…
Berita Global
Dengan penguasaan sebanyak 80 peratus pegangan, Hyundai kini merupakan pemilik ketiga syarikat…
Berita Global
Menurut Boston Dynamics, ada beberapa hospital yang membuat pertanyaan samada robot mereka mampu…