
Unit ke-15 juta merupakan sebuah Hyundai Tucson yang dijual kepada pasangan Wende dan James Tuskes oleh West Herr Hyundai di Williamsville, New York.
Menariknya, West Herr Automotive Group menghadiahkan pasangan Tuskes dengan cek bernilai AS$4,799.28 (21,239.32) untuk membiayai tahun pertama Tucson mereka.
Hyundai mula memasuki pasaran AS pada 1986 dengan model Excel.
Tahun-tahun berikutnya menyaksikan Hyundai menjadi salah satu syarikat kereta paling pesat berkembang di AS.

Sehingga kini, Hyundai memasarkan pelbagai model seperti Tucson, Santa Fe, Palisade, Santa Cruz, Elantra, Sonata dan banyak lagi.
Ringkasnya, bermula dari Excel dan kini hebat dengan model elektrik Hyundai IONIQ 5 dan disusuli IONIQ 6 yang bakal menjengah pasaran AS.
Berikut lima model teratas dan pencapaian ke arah 15 juta jualan di AS:
Model | Peratus jualan | Jumlah | Tahun jualan terbaik |
Elantra | 23.6% | 3,533,998 | 2015 |
Sonata | 20.9% | 3,135,035 | 2011 |
Santa Fe | 12.7% | 1,909,174 | 2019 |
Accent | 9.1% | 1,361,134 | 2016 |
Tucson | 9% | 1,344,164 | 2018 |

Selain portfolio produk, Hyundai turut mengembangkan pengeluarannya di AS dalam tempoh 17 tahun lalu.
Hyundai bermula dengan kilang Hyundai Motor Manufacturing Alabama (HMMA) pada 2005 yang kini mempunyai kira-kira 3,400 pekerja.
Pada 2025, syarikat mensasarkan untuk memulakan operasi Hyundai Motor Group Metaplant America di Bryan County, Georgia dan bakal mewujudkan 8,100 peluang pekerjaan.

Selain menyumbang kepada ekonomi AS, Hyundai turut berbakti kepada masyarakat melalui pelbagai program kebajikan.
Nilai paling besar berjumlah AS$200 juta melalui program Hyundai Hope On Wheels® bagi membiayai penyelidikan barah kanak-kanak di seluruh AS.
Penulis: Muhammad Md Tajudin