Hyundai buka pusat pameran bertemakan gaya hidup di Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai-Sime Darby Motors baru-baru ini melancarkan pembukaan rasmi pusat pameran Hyundai Penang City Store yang terletak di Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Ruang pameran berkonsepkan gaya hidup itu bukan sahaja mempamerkan model-model terkini Hyundai, tetapi ia juga membawakan elemen rekaan yang moden serta dinding interaktif yang digital bagi membolehkan orang ramai menikmati pengalaman membeli belah kereta idaman menggunakan ciri 'car configurator'.
 

HSDM


Tidak seperti pusat pameran konvensional, Hyundai Penang City Store mempunyai konsep layan diri, serta pelbagai jenis pilihan di ruang barangan eksklusif Hyundai Collection.

Menurut pengarah urusan HSDM, Low Yuan Lung berkata, pembukaan pusat pameran berkonsep baharu ini mampu meningkatkan lagi kehadiran jenama Hyundai dan menaikkan lagi prestasi jualan jenama tersebut.
 

AC


Selain itu, HSDM turut memasang stesen pengecasan AC yang terletak di Basement 2 Gurney Paragon Mall bagi memudahkan para pemilik EV Hyundai mengecas kenderaan mereka semasa membeli belah.

Bagi pelanggan yang membeli kereta di pusat 1S ini, aspek selepas jualan akan dikendalikan oleh Sime Darby Auto Hyundai Jalan Sungai Pinang yang menawarkan perkhidmatan servis menyeluruh, termasuk servis berkala, servis pendingin hawa, restorasi badan dan cat, tuntutan insurans, serta pembaharuan insurans motor.