Hyundai Creta 2023 - tempahan dibuka, pelancaran dalam masa terdekat?

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini secara rasmi membuka tempahan bagi SUV segmen B baharu, iaitu Hyundai Creta di semua pusat pameran di seluruh negara serta platform tempahan dalam talian Cl!cktoBuy.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Hyundai Creta sebelum ini telah menerjah pasaran Indonesia dengan membawakan rekaan hadapan Parametric Jewel, di mana unit lampu nyalaan siang tersembunyi di sebalik struktur jeriji - mengikut rekaan yang terdapat pada Hyundai Tucson.

Sementara ruang kabin pula menempatkan ciri seperti skrin kluster LCD 10.25 inci, skrin infohbur lapan inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, serta empat mod pemanduan yang boleh dipilih.
 

Creta


Ciri keselamatan termasuklah enam beg udara dan kelengkapan Hyundai SmartSense seperti bantuan pengelakan pelanggaran hadapan dan pelanggaran titik buta, bantuan pengekalan lorong, bantuan mengikut lorong, amaran pergerakan kenderaan hadapan, bantuan pengelakan pelanggaran lintasan trafik belakang, amaran keluar dengan selamat dan bantuan suluhan tinggi.

Kesemua ciri itu melayakkan Hyundai Creta memperoleh penarafan lima bintang penuh di dalam ujian pelanggaran kenderaan baharu ASEAN NCAP.

Di negara jiran, Hyundai Creta 2022 didatangkan dengan enjin 1,498 cc aspirasi natural yang mampu menghasilkan 115 hp dan 144 Nm, dipadankan dengan transmisi manual atau CVT (IVT).

Sebagai perbandingan, harga jualan Hyundai Creta di sana bermula dari Rp 279,000,000 (RM83.425) hingga Rp 399,000,000 (RM119,307).
 

creta


"Dengan ruang dan praktikaliti di dalam satu pakej kompak, tidak susah untuk melihat kenapa populariti SUV meningkat, baik di peringkat global dan di Malaysia.

"Hyundai Creta menggambarkan ciri tersebut dengan baik, dan kami berharap agar dapat memberikan rakyat Malaysia lebih banyak pilihan menjelang pengenalan model ini kelak," ujar Pengarah Urusan Runcit dan Pengedaran Sime Darby Motors, Jeffrey Gan.

Menurut Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung berkata, "Hyundai Creta disasarkan kepada golongan muda dengan kombinasi rekaan kontemporari, teknologi terhubung serta ciri keselamatan aktif yang menyeluruh.

"Direka untuk pasaran Asia Pasifik, SUV segmen B ini juga menawarkan praktikaliti, ruang dan kemudahan yang mampu memenuhi gaya hidup aktif.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Dari segi spesifikasi, ia masih kekal dikuasakan oleh sistem hibrid ringkas yang menggabungkan…
Berita Domestik
"Sejak pelancarannya pada tahun 2020, Proton X50 telah menjadi SUV terlaris di Malaysia, dengan…
Model Terbaharu
smart #3 telah mendapat penghargaan antarabangsa dengan memenangi kedua-dua Anugerah Reka Bentuk iF…