Dalam ujian penilaian ASEAN NCAP yang terkini, dua buah model Hyundai iaitu Creta dan Stargazer telah menjalani ujian bagi mendapatkan penarafan bintang kedua-dua model tersebut.
Kedua-dua model tersebut merupakan SUV dan MPV pertama Hyundai yang diuji oleh ASEAN NCAP dan kedua-duanya juga model pertama Hyundai diuji dibawah protokol terbaru ASEAN NCAP 2021-2025.
Hyundai Creta berjaya lulus cemerlang dan menerima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP dengan skor keseluruhan sebanyak 75.78 mata.
Berikut merupakan kategori markah yang diterima Hyundai Creta:
- Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) - 34.72 mata dari 40 mata keseluruhan
- Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) - 15.56 mata dari 20 mata keseluruhan
- Bantuan Keselamatan (SA) - 14.08 mata dari 20 mata keseluruhan
- Keselamatan Penunggang Motosikal (MS) - 11.42 mata 20 mata keseluruhan
Hyundai Stargazer juga berjaya lulus dengan baik dan menerima penarafan 4-Bintang ASEAN NCAP dengan skor keseluruhan sebanyak 66.48 mata.
Berikut merupakan kategori markah yang diterima Hyundai Stargazer:
- Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) - 31.21 mata dari 40 mata keseluruhan
- Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) - 14.48 mata dari 20 mata keseluruhan
- Bantuan Keselamatan (SA) - 12.04 mata dari 20 mata keseluruhan
- Keselamatan Penunggang Motosikal (MS) - 8.75 mata 20 mata keseluruhan
Buat masa ini, Hyundai Creta dan Stargazer masih tidak ditawarkan untuk pasaran Malaysia, namun melalui penarafan ujian ASEAN NCAP tersebut anda boleh jangkakan ketibaannya dalam masa terdekat.