
Hyundai mengumumkan projek itu semasa program Design Talk di Seoul, Korea Selatan.
Turut serta ialah Ketua Pegawai Kreatif Hyundai Motor Group, Luc Donckerwolke dan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pusat Reka Bentuk Global Hyundai, SangYup Lee.
Hyundai sebelum ini telah memperkenalkan IONIQ 5 dan N Vision 74 yang membawa pengaruh Pony and Pony Coupe Concept.

Hyundai Motor adalah cabang perniagaan kumpulan Hyundai yang lebih besar dan ditubuhkan oleh Ju-Yung Chung pada 1947 dan terlibat di dalam kejuruteraan dan pembinaan.
Hyundai Motor diasaskan pada tahun 1967 dan model pertama syarikat ialah Cortina yang dihasilkan dengan kerjasama Ford pada tahun 1968.
Pada tahun 1974 pegawai Hyundai Motor telah menghubungi Giorgetto Giugiaro.

Pegawai syarikat mencadangkan kepada Giorgetto Giugiaro untuk merekabentuk model bebas dan keluaran massa pertama Hyundai.
Pada masa itu, Korea tidak mempunyai kebolehan di dalam reka bentuk dan penggayaan kenderaan.
Hyundai telah meminta Giugiaro untuk mereka bentuk, membuat lakaran (blueprint) dan menghasilkan lima prototaip termasuk sebuah coupe.
Di dalam proses reka bentuk dan prototaip, Hyundai membuat keputusan membawa Pony dan Pony Coupe ke Turin Motor Show bagi memperkenalkan jenamanya ke pasaran global.

Dengan muncung depan ala baji (wedge), lampu bulat dan garisan seperti origami, Pony Coupe disasarkan untuk pasaran Amerika Utara dan Eropah.
Walau bagaimanapun, projek Pony Coupe terhenti pada 1981 sebelum sempat dikeluarkan secara massa disebabkan persekitaran ekonomi global yang tidak menentu.
Hyundai tetap hadir dengan model pengeluaran bebas pertama dan dikenali sebagai Pony dan berada di pasaran dari 1975 hingga 1990 dan dijual serata dunia.

Pony Coupe Concept kekal sebagai bahagian penting di dalam legasi Ju-Yung Chung.
Melalui Pony Coupe Concept dan siri Pony seterusnya, Chung telah membuka jalan untuk industri kenderaan Korea melalui mindanya yang positif, kepimpinan berani dan kepercayaan yang teguh.
Kepimpinan beliau telah membantu Korea keluar dari kesusahan akibat perang kepada kuasa ekonomi menjelang hujung abad ke-20.

Hyundai telah melalui beberapa fasa di dalam perjalanannya dan kini hadir cemerlang dengan pelbagai model dan teknologi canggih.
Hyundai juga sebuah syarikat yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan syarikat kenderaan global lain.
Penulis: Muhammad Md Tajudin