Hyundai dedah teaser Kona N Line - pelancaran dalam masa terdekat

oleh Mohamad Hanif|
Ketika sesi reviu bersama para pengamal media tempatan, Hyundai-Sime Darby Motor (HSDM) turut memberikan info tambahan tentang kehadiran sebuah lagi varian baharu untuk crossover segmen B mereka, Hyundai Kona N-Line.

Malah, baru-baru ini laman Facebook Hyundai Malaysia turut memuatnaik sebuah video ringkas berdurasi 15 saat yang memaparkan kelibat varian baharu yang bakal dilancarkan kelak.
 

Kona N Line


Selain daripada rupa yang telah dikemaskini, versi N-Line mendapat ciri unik seperti rekaan bampar depan dan belakang, lampu unik, emblem sisi, skirt sisi sementara ruang kabin juga turut mendapat kemasan N Line pada roda stereng, tombol gear dan tempat duduk sports bucket.

Sedikit kejutan di mana Hyundai Malaysia kini mengembalikan semula penawaran enjin turbo 1.6 liter (Smartstream G1.6 T-GDI) yang menghasilkan 198 PS dan 265 Nm dipadankan dengan transmisi DCT untuk varian N Line.
 

Kona N Line


Setakat ini, tiada sebarang informasi berhubung tarikh pelancaran serta harga jualan rasmi untuk varian Kona N Line ini.

Sama-sama kita nantikan.