Hyundai dedah teaser Palisade 2023 versi facelift

oleh Mohamad Hanif|
SUV besar gedabak Hyundai Palisade telah pun berada di pasaran global sejak dari tahun 2018 lagi dan kini sudah tiba masanya bagi Hyundai untuk mengemaskini penawaran SUV saiz penuh itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Bersempena dengan acara New York International Auto Show pada minggu depan, Hyundai turut mendedahkan gambar acah yang memaparkan beberapa perubahan pada SUV tersebut, seperti contoh rekaan gril baharu yang mengikuti bahasa rekaan yang digunakan pada model-model Hyundai terbaharu.
 

Palisade


Selain daripada rekaan gril baharu yang lebih bersegi dan menampilkan elemen perisai parametrik, rekaan lampu utama juga turut dikemaskini dengan nyalaan lampu siang LED yang lebih menegak berbanding versi melengkung pada model terdahulu.

Menurut laporan beberapa media luar negara, Hyundai Palisade 2023 facelift ini turut dijangka membawakan kemaskini yang lebih matang, seperti roda stereng baharu, kluster instrumen digital, skrin infotainmen baharu serta rekaan corong pendingin hawa yang dikemaskini.

Hyundai akan melancarkan secara rasmi Palisade 2023 facelift bertempat di New York International Auto Show pada 13 April, jam 9.45 pagi EDT.

Baca: Hyundai Palisade mendarat di Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…