Hyundai Elantra N 2022 - 276 hp/392 Nm, sedan pantas dan garang!

oleh Mohamad Hanif|
Barisan model pantas Hyundai N kini menerima sebuah lagi ahli keluarga baharu dalam bentuk sedan, iaitu Hyundai Elantra N (atau nama lainnya i30 N Sedan di sesetengah pasaran).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dari segi rekaan, tidak syak lagi ia adalah sebuah sedan yang tampak pantas dan garang, terima kasih kepada rekaan agresif seperti bampar hadapan dengan liang udara diperbesar, splitter baharu, skirt sisi unik, serta diffuser belakang.

Imej agresif itu diteruskan dengan pemasangan sayap belakang jenis kekal, lampu belakang ala-ala F1 serta pemasangan roda bespoke.

 


Meneruskan lagi elemen pantas Hyundai N adalah penampilan enjin 2.0 liter turbo yang kini berupaya menghamburkan kuasa setinggi 276 hp dan 392 Nm, terima kasih kepada unit pengecas turbo yang menampilkan roda turbin bersaiz 5 mm lebih besar.

Kuasa tersebut disalurkan ke roda hadapan menerusi transmisi klac berkembar lapan kelajuan sahaja, manakala transmisi manual tidak tersedia.

Hyundai turut mendatangkan mod N Grin Shift yang membolehkan tekanan boost dipertingkatkan supaya enjin menghasilkan kuasa setinggi 285 hp, dan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.3 saat sahaja.

 


Untuk memastikan kuasa tersebut dikawal dengan baik, Hyundai melengkapkan LSD elektronik yang digelar sebagai N Corner Carving Different, serta beberapa sistem kawalan seperti N Grin Shift, N Power Shift, dan N Track Sense Shift.

Selain daripada itu, Hyundai Elantra N juga didatangkan dengan gandar pemanduan terintegrasi yang diinspirasikan daripada WRC, di mana ia menggabungkan aci pemacu, hub roda dan bearing sekaligus mengurangkan berat sebanyak 1.7 kg dan menambahbaik kadar cengkaman lateral.

Sistem gantungan pula menggunakan sistem yang boleh dilaras secara elektronik dibantu dengan trailing arm bush jenis dual compound bagi mengoptimasikan pemanduan dan pengendalian, dan dalam masa yang sama mengurangkan bunyi bising, gegaran dan kekasaran.

 


Struktur casis pula diperkukuh dengan pemasangan strut ring empat poin dan stiff bar pada bahagian belakang.

Sistem pemberhentian pula terdiri daripada rotor brek bersaiz 360 mm, pad brek khas yang direka sendiri oleh Hyundai serta sistem penyejukan brek yang telah ditambahbaik.

Tidak cukup dengan itu, Hyundai turut menampilkan ciri menarik N Sound Equalizer yang mampu menyalurkan bunyi jentera TCR ke dalam ruang kabin, dan pemandu sendiri boleh mengubah beberapa tetapan seperti whine, throat, dan bass menerusi equalizer tersedia.

 


Sistem ekzos berbilang tetapan juga turut dikemaskini bagi mengurangkan efek booming ketika melahu, dan dalam masa yang sama mengekalkan identiti bunyi pops dan cracks seperti model-model N yang lain.

Susun atur papan pemuka pula masih lagi menyamai model Elantra standard, melainkan tempat duduk sports dengan bolster diperkukuh, roda stereng dengan penambahan butang fungsi khas, serta penambahan paparan informasi khas seperti suhu bendalir penyejuk, suhu minyak, tekanan turbo, serta daya kilas semasa.

Terdapat opsyen di mana pemandu boleh mendapatkan tempat duduk jenis bucket yang duduk 10 mm lebih rendah berbanding penawaran standard Elantra N.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding model terdahulu, Elantra N 2024 membawakan perubahan kecil dari segi kosmetik, diikuti…
Berita Global
Berdasarkan hantaran di laman media sosial Reddit, kisah itu bermula apabila pemilik dengan nama…
Berita Global
Setiap satu model tersebut menampilkan dua varian warna yang berbeza, namun butiran lain seperti…