Hyundai Elantra Sport - Generasi ke-6 yang berbeza

oleh SALINA JALIL|
Kali pertama bertemu, jentera berwarna kuning diraja ini seolah-olah menjerit meminta perhatian.

Bila pintu dibuka, semakin nyata objektif tersebut kerana kami disambut dengan tempat duduk warna merah menyala, mencabar kami untuk masuk ke dalamnya dan memandu keluar dari kawasan parkir.

Hyundai Elantra atau Hyundai Avante sepertimana yang dikenali di Korea Selatan telah dilahirkan sejak tahun 1990 lagi dan pada tahun 2001 nama model ini telah diberi nama rasmi iaitu Elantra bagi pengeluaran serata dunia.

Dari aspek 'reka bentuk' ia masih mengekalkan bentuk badan dan saiz yang sama seperti Elantra generasi ke-5 dan dengan sekali imbas sememangnya kita tahu ia adalah Elantra. Tetapi apa yang berbeza tentang Elantra Sport ini?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pertama sekali adalah isi jantungnya iaitu bahagian enjin, ia didatangkan dengan enjin Gamma berkuasa turbo 1.6L T-GDI, 203.5 PS (200.7 HP), tork 264.78 Nm dan transmisi 7-kelajuan. Cabaran terdekat Elantra Sport yang berada dalam segmen C ini adalah Honda Civic Turbo, Volkswagen Jetta dan beberapa jentera lain dari Jepun. 

Sekiranya kita lihat apa yang tertulis di atas risalah dan membuat perbandingan, ini lah hasilnya:-

 

Hyundai Elantra Sport

Honda Civic 1.5 TC

Volkswagen Jetta

Enjin

Gamma 1.6T-DGI

1.5L DOHC VTEC Turbo

1.4 TSI Direct Injection Turbocharger

Transmisi

7-kelajuan

6-kelajuan

7-kelajuan

PS

204

173

150

Tork

264 Nm

220 Nm

250 Nm

0 – 100 km/j

7.7 saat

8.2 saat

6 saat

Harga

RM124,088*

RM116,733*

RM121,488*

* Harga tanpa GST dan insuran

 

Sememangnya kita pasti mendengar ayat sinonim dari rakyat Malaysia yang prihatin tentang harga jualan semula (second hand value), lebih-lebih lagi sekiranya jentera Korea ini yang berada dalam shopping list anda.Jadi apa yang istimewanya Elantra Sport ini? 

Untuk sesi pandu uji kali ini, kami tidak memandu jauh akibat kekangan masa, kami jadikan ia kenderaan pemanduan harian, cuma kami mencari jalan yang berliku dan berbukit untuk menguji prestasi sebenar jentera ini dan kami huraikan di sini:-

 

1. Ia agresif dan mempunyai gaya yang tersendiri. 

 

2. Kabin dalaman (interior) yang praktikal dan tidak terlalu 'plastik' tetapi diharap pihak Hyundai dapat menaiktaraf kepada bentuk yang lebih moden seperti mana kabin dalaman model-model Kia yang lebih menarik dan nampak eksklusif.

 

 

elantra sport 1

 

 

 

3. Enjin Gamma 1.6L Turbo-GDI ini cepat bertindak tanpa terasa 'lagging'/lembab walaupun dengan bunyi ekzos yang datang dari speaker dan bukan dari enjin.
 

 

4. Pengendalian terutama di bahagian selekoh sangat responsif cuma terasa sedikit kekurangan pada sterengnya kerana tidak bertindakbalas atau dalam erti kata yang lain kurang 'bercakap' dengan pemandu sepertimana bahagian enjin dan pengendalian.

 

hyundai elantra sport 2

 

 

5. Ia bukan setakat kereta yang boleh dipandu dari poin A ke poin B tanpa 'jiwa' tetapi apabila berada di belakang stereng terasa 'it's a fun car to drive' dan tidaklah cepat bosan!
 

 

 

6. Ia senyap, jadi tidak perlu anda melawat kedai-kedai aksesori yang penambahan bahan-bahan penebat bunyi (sound proofing) dan sebagainya. Menyelamatkan poket dan dompet anda.

 

elantra sport 3

 

 

 

7. Pada kami, tempat duduk kulit pada Elantra Sport ini sangat selesa dan memberi sokongan yang tepat untuk pemandu dan penumpang lebih-lebih lagi semasa mengambil selekoh tajam pada kelajuan tinggi.
 

 

8. Tiga mod pemanduan; normal, sports dan Eco. 
Tidak begitu ketara perbezaan di antara ketiga-tiga mod pemanduan ini kecuali sedikit sahaja penambahan kuasa untuk mod (Sports) atau penjimatan tenaga pada Eco mod. Pada kami mod pemanduan 'normal' sahaja sudah mencukupi.

 

elantra sport 4

 

 

9. Salah satu fungsi yang kami rasakan menarik adalah 'smart trunk system', di mana boot belakang akan terbuka secara automatik apabila anda berdiri lebih dari tiga saat di bahagian belakang kereta di antara jarak tiga kaki. Ia amat berguna apabila anda balik dari pasaraya Giant, sebelah tangan mendukung anak dan sebelah tangan menolak troli yang penuh dengan pampers dan susu Dumex. Cuma pastikan kunci berada di dalam poket atau beg anda.
 

 

10. Lampu hadapan dari jenis HID, lampu belakang dan DRL (Daytime Running Lights) LED
Terang seterang-terangnya, jelas dan nyata, mudah untuk memandu pada malam dini hari atau dalam keadaan kabus atau hujan. Pada syarikat kereta yang masih menggunakan lampu mentol (bulb), anda patut berasa malu dan sentap kerana masih berada di zaman perang Jepun.

 

elantra sport 5

 

 

 

11. Kenderaan dari Korea sememangnya tidak lokek dengan elemen keselamatan. Elantra ini juga dipenuhi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan seperti ESC (Electronic Stability Control), PAS (Parking Assist), HAC (Hill Start Assist Control), BSD (Blind Sport Detection)dan lain-lain.

 

Dengan GST sifar buat masa ini dan tujuh warna pilihan iaitu Polar White, Phantom Black, Iron Grey, Platinum Silver, Marina Blue, Blazing Yellow dan Fiery Red, adakah anda berhajat untuk memiliki jentera Korea ini atau anda masih was-was lagi?

 

elantra sport 6


 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bahagian depan lebih berketak dengan jeriji dan lampu nyalaan siang baharu. Gaya jeriji condong…
Berita Domestik
Menurutnya, serbuan dibuat bersama wakil pemilik cap dagang berdasarkan aduan yang diterima. "…
Berita Global
Pelbagai teknologi dan ciri-ciri yang ditawarkan sehingga ia membuatkan suatu kenderaan itu…