Hyundai Heritage Series Grandeur - satu lagi restomod Hyundai dengan trenkuasa EV

oleh Mohamad Hanif|
Pendekatan retro merupakan salah satu cara yang dibuat oleh beberapa pengeluar automotif dalam menghasilkan produk yang terkini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Salah satu daripadanya adalah Hyundai Ioniq 5, dan Hyundai kini menggunakan pendekatan yang sama dalam meraikan ulang tahun yang ke-35 sedan mercu Hyundai Grandeur 1986 menerusi projek restomod bertemakan retro-futuristik.
 

EV


Malah, ia juga membawakan elemen rekaan Parametric Pixel yang terdapat pada Hyundai Ioniq 5 (dan Hyundai Staria) pada rekaan lampu depan dan belakang.

Meskipun mengekalkan bentuk yang sama, namun Hyundai telah membawakan beberapa komponen baharu seperti cermin sisi, rekaan rim yang tertutup kemas, cladding sisi, dan unit lampu yang disebutkan tadi.
 

EV


Sementara ruang kabin pula menampilkan tema 'Newtro' (newness + retro) dengan membawakan kemasan olskool seperti rekaan roda stereng jejari tunggal, tombol gear, dan juga upholsteri velvet, di samping elemen moden seperti skrin sentuh lebar.

Rekaan konsol tengah (dan perehat tangan) itu turut menempatkan sebuah ruang simpanan yang tersembunyi.
 

EV


Bagi sebuah sedan yang asalnya dihasilkan untuk golongan eksekutif, Hyundai telah melengkapkan Grandeur ini dengan sistem bunyi 4way4 dengan 18 pembesar suara yang diinspirasikan daripada teori dewan konsert akustik.

Tiada sebarang info berkenaan trenkuasa elektrik yang dimuatkan pada Hyundai Grandeur EV ini, namun untuk pengetahuan anda, Hyundai Grandeur generasi pertama sebenarnya merupakan versi tukar lencana daripada Mitsubishi Debonair!

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, ini tidak menghalang Hyundai daripada terus menghasilkan produk pengganti di mana ia masih…