Hyundai i20 N Line 2024 untuk Eropah, perubahan kecil kekal sporti

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hyundai i20 N Line 2024
Hyundai i20 N Line 2024
Jika Toyota mempunyai GR Yaris di dalam Kejuaraan Rali Dunia (WRC), Hyundai terlebih dahulu menghantar i20 dan setakat ini sudah dua kali menjulang piala keseluruhan.

Seperti biasa, pengguna boleh menikmati tempias rali di atas jalan raya umum.

Hyundai menawarkan i20 N yang memiliki kuasa 204 ps dan tork 275Nm dari enjin 1.6 liter GDI turbo dan kotak gear manual enam kelajuan. Berat kereta hanya 1,190 kilogram (kg).

Jika i20 N terlalu berkuasa, Hyundai menawarkan i20 N Line yang membawa gaya sporti.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hyundai i20 N-Line 2021
Hyundai i20 N-Line 2021

 

Pada Mei 2023 Careta melaporkan tentang i20 yang dipertingkatkan dengan bampar dan bingkai jeriji serta beberapa perubahan lain.

Terbaru Hyundai Motor Eropah memperkenalkan i20 N Line 2024 dan sekali pandang nampak seperti model sebelum ini dan bukan dengan bampar atau bingkai jeriji baharu.

Dilihat dari dekat, model 2024 menggunakan corak jeriji yang lebih ringkas. Rim 17 inci baharu pula nampak lebih rumit berbanding sebelum ini yang juga tampil unik.

Selain perkakasan, Hyundai menawarkan empat warna baharu daripada sembilan pilihan iaitu Lumen Grey Pearl, Meta Blue Pearl, Vibrant Blue Pearl dan Lucid Lime Metallic.

 

Hyundai i20 N Line 2024

 

Bahagian dalam tampil sporti dengan kerusi sport yang terpampang logo N dan begitu juga pada stereng N Line balutan kulit.

Jaluran merah boleh dilihat merata tempat seperti sarung tombol gear, bilah penyaman udara, stereng dan kerusi. Kereta kecil ini juga dilengkapi lampu suasana pelbagai warna.

Supaya lebih cerah, Hyundai memasang lampu LED pada lampu peta, dalaman dan pelindung matahari.

Sama seperti i20 standard, i20 N Line dilengkapi slot USB type-C, eCall generasi kedua berasaskan 4G dan kemas kini peta secara Over-the-Air (OTA).

 

Hyundai i20 N Line 2024

 

Dari segi keselamatan, i20 N Line dilengkapi Bantuan Pengelakan Pelanggaran Depan (FCA) dan Bantuan Mengikut Lorong (LFA).

Teknologi lain seperti Bantuan Parkir (PA) dan Bantuan Pengelakan Pelanggaran Titik Buta dijadikan pilihan.

Maklumat dan ciri-ciri terperinci akan dimaklumkan kemudian dan sebagai rujukan, i20 N Line sebelum ini digerakkan enjin 1.0 liter T-GDI 48V hybrid yang berkuasa 120 ps dan 200Nm.

Enjin itu dipadan bersama kotak Intelligent Manual Transmission (iMT).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Hyundai i20 N Line 2024