Sebanyak 500 unit sahaja i30 Fastback N Limited Edition ini akan ditawarkan dipasaran Australia, dan ia bakal melengkapkan keluarga N setelah pelancaran model i30 N facelift.
Sama seperti model hatchback, i30 Fastback N Limited Edition ini dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbo yang mampu menjana 276 hp dan 392 Nm, serta padanan transmisi manual enam kelajuan atau DCT lapan kelajuan.
Model yang dilengkapi dengan transmisi DCT bakal mendapat kelengkapan tambahan seperti N Grin Shift, N Power Shift, dan N Track Sense Shift.
Namun secara standard, terdapat lima mod pemanduan yang boleh dipilih termasuklah mod N Custom dengan beberapa tetapan yang boleh disesuaikan seperti enjin, suspensi, ESC, differential elektronik, sistem ekzos aktif, stereng serta transmisi.
Selain daripada itu, model i30 Fastback N Limited Edition ini turut ditawarkan dengan rim aloi tempa bersaiz 19 inci, serta tempat duduk jenis bucket yang dibaluti kulit dan Alcantara.