Hyundai i30 N 2021 facelift kini dengan kotak gear DCT, 276 hp/392 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa kali menyiarkan gambar teaser, pengeluar automotif Korea Selatan Hyundai akhirnya memperkenalkan secara rasmi model hot hatch i30 N yang telah dikemaskini dan menawarkan kotak gear N DCT serba baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Hyundai i30 N masih lagi didatangkan dengan enjin empat silinder sebaris turbo 2.0 liter yang menghasilkan 246 hp dan daya kilas 353 Nm, sementara Performance Package pula menaikkan angka tersebut kepada 276 hp dan 392 Nm tork.

Jika dibandingkan dengan model terdahulu, model i30 N dengan Performance Pack ini mampu memecut 0-100 km/j dalam masa 5.9 saat - 0.2 saat lebih pantas!

 


Selain daripada transmisi manual, i30 N dengan kotak gear baharu N DCT membenarkan pemandu memilih tiga fungsi baharu iaitu:
N Grin Shift - meningkatkan daya kilas menerusi fungsi overboost, dan respons transmisi dimaksimumkan selama 20 saat
N Power Shift - berfungsi apabila kereta memecut dengan kadar pendikit lebih 90 peratus
N Track Sense Shift - mengesan keadaan jalan yang optimum untuk pemanduan dinamik, sekaligus membenarkan penukaran gear dengan sela masa yang tepat.

Perubahan lain yang dibawakan pada i30 N ini adalah rim aloi bersaiz 18 inci (19 inci dengan Performance Package), serta tempat duduk N Light Seats yang mampu mengurangkan lagi berat badan (opsyen), sekaligus memperbaiki pengendalian kereta.

 


Peralatan standard untuk bahagian luaran termasuklah logo N pada penutup cap rim, lampu LED dengan DRL berbentuk V, rekaan bumper dikemaskini, lampu belakang dengan rekaan signatur LED dan diffuser belakang.

Ruang kabin pula didatangkan dengan roda stereng dan tempat duduk yang mempunyai ciri pemanas terbina dalam, tali pinggang keledar berwarna Performance Blue, serta ciri opsyen tempat duduk N Light Seats 2.2 kg lebih ringan berbanding tempat duduk standard dan dibaluti kulit dan Alcantara, serta logo N beriluminasi pada tempat perehat kepala.

Sistem infotainmen pula menampilkan skrin sentuh bersaiz 10.25 inci dengan ciri sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

 


Sebagai sebuah hot hatch, Hyundai tidak pernah meminggirkan i30 N daripada kelengkapan keselamatan terkini SmartSense seperti contoh Forward Collision-Avoidance Assist yang kini ditambah dengan ciri pengesan pejalan kaki.

Sementara varian yang dilengkapi N DCT pula menerima ciri opsyen Blind-Spot Collision-Avoidance, serta Rear Cross-Traffic Collision-Avoidance Assist.

Model facelift i30 N ini hanya akan mula dijual di Eropah menjelang awal tahun 2021.

Berita Berkenaan

Berita Global
Selepas Toyota mengumumkan penamatan jualan bagi model GR86 pada hujung tahun ini, tiba giliran…
Berita Domestik
  Jauh dibangunkan di Korea dan Eropah, Hyundai i30 N kemudiannya turut dipasarkan di negara kita…
Berita Global
Lain pula ceritanya dengan model i30 N yang lebih besar dan berkuasa, ia tidak dikhususkan untuk…