Hyundai i30 N Drive-N Limited Edition, warna hitam segak bos!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hyundai  i30 N Drive-N Limited Edition
Hyundai i30 N Drive-N Limited Edition
Tidak hanya hebat bersaing dengan pengeluar dunia, Hyundai juga membuktikan keupayaannya dalam sukan bermotor dan turut menawarkan model berprestasi.

Model sebegitu dibangunkan oleh Hyundai N atau membawa maksud Namyang, lokasi pusat penyelidikan dan pembangunan global Hyundai Motor di Korea.

N juga merujuk kepada Nürburgring, litar lumba yang menyaksikan teknologi berprestasi tinggi Hyundai diuji dan diperhalusi.

Terbaru Hyundai Motor mengumumkan penawaran i30 N Drive-N Limited Edition dalam jumlah terhad.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hyundai  i30 N Drive-N Limited Edition

 

Berapa? 800 unit sahaja dan tidak semua pasaran menerimanya. 75 unit untuk United Kingdom, 180 Australia dan baki 545 unit bagi pengguna di Eropah.

Model terhad ini dibangunkan mengikut maklum balas pasaran, media dan N-thusiasts iaitu komuniti peminat Hyundai N yang telah mengubahsuai kenderaan mereka.

i30 N Drive-N Limited Edition digerakkan enjin sama, 2.0 T-GDi berkuasa 280 PS dan tork 392 Nm yang dipadan bersama transmisi dua klac lapan kelajuan jenis basah.

 

Hyundai  i30 N Drive-N Limited Edition

 

Menjadikan i30 N seronok ialah tiga pilihan pemanduan iaitu N Power Shift, N Grin Shift dan N Track Sense Shift.

Tekan Butang N Grin Shift (NGS) dan anda akan menikmati janaan kuasa tambahan 10 PS dalam masa 20 saat.

Reka bentuk luar dan dalam secara asasnya masih sama kecuali kemasan dan riasan yang membentuk identiti tersendiri.

Roda 19 inci forged alloy dibuat dalam warna gangsa gelap kusam dan beberapa identiti lain seperti logo Hyundai warna hitam dan grafik khas di tepi depan dan belakang.

 

Hyundai  i30 N Drive-N Limited Edition

 

Ada dua lencana Drive-N warna gangsa gelap kusam pada fender dan lencana i30 N Drive‑N Limited Edition memaparkan koordinat GPS Pusat Ujian Hyundai Motor Eropah di Nürburgring.

Warna yang ditawarkan terhad kepada dua pilihan sahaja iaitu Phantom Black Pearl dan Serenity White Pearl.

Pada bahagian dalam, stereng balutan kulit diganti Alcantara dengan sulaman merah dan diulang pada tombol gear, perehat lengan dan brek tangan.

 

Hyundai  i30 N Drive-N Limited Edition

 

Warna merah juga diguna pada butang N di stereng, riasan dan sulaman kerusi, tali pinggang keledar depan dan belakang dan alas kaki dengan logo khas.

Tidak perlu menunggu lama, pengeluaran model terhad ini sudah pun bermula pada minggu terakhir bulan April.

Harga belum diumumkan dan sebagai rujukan, i30 N dijual dari £34,095 (RM186,653) di UK.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Hyundai  i30 N Drive-N Limited Edition