Hyundai i30 N Project C - lebih ringan, lebih agresif, lebih gentian karbon!

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai telah mendedahkan secara rasmi hot hatch yang lebih agresif berbanding Hyundai i30 N, dikenali dengan nama Hyundai i30 N Project C.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nama Project C ini dipilih bersempena dengan lokasi 'Area C' di litar ujian pusat R&D Hyundai di Namyang, serta penggunaan bahan gentian karbon dan juga titik tengah graviti yang rendah. 

Hyundai i30 N Project C ini dijana dengan nadi 2.0 liter T-GDI empat silinder sebaris yang menghamburkan 271 kuasa kuda dan 353 Nm daya kilas apabila ciri Overboost diaktifkan antara julat 1,750-4,200 rpm. 
 


Namun, perbezaan yang ketara antara model i30 N standard dan i30 N Project C adalah berat. 

Dengan penggunaan bahan plastik diperkukuh gentian karbon (CFRP) di beberapa bahagian luar seperti splitter hadapan, diffuser belakang, bonet, skirt sisi, rim OZ Racing 19 inci serta penggunaan tempat duduk jenis bucket CFRP, Project C sudah mampu menjimatkan kira-kira 50 kg berbanding i30 N standard. 
 


Selain daripada itu, ketinggian i30 N Project C juga lebih rendah 6 mm sekaligus menjadikan titik tengah graviti hot hatch ini lebih rendah 8.8 mm, terima kasih kepada kalibrasi yang dibuat terhadap sistem suspensi. 

Talaan juga telah dilakukan terhadap mod pemanduan yang tersedia bagi memberikan lebih respons menerusi roda stereng kepada pemandu. 
 


Hyundai i30 N Project C hanya ditawarkan untuk para peminat di pasaran Eropah dengan unit jualan dihadkan kepada 600 buah sahaja. 

Harga jualan masih belum diketahui secara rasmi, namun penghantaran akan mula dilakukan menjelang akhir tahun ini. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selepas Toyota mengumumkan penamatan jualan bagi model GR86 pada hujung tahun ini, tiba giliran…
Berita Domestik
  Jauh dibangunkan di Korea dan Eropah, Hyundai i30 N kemudiannya turut dipasarkan di negara kita…
Berita Global
Lain pula ceritanya dengan model i30 N yang lebih besar dan berkuasa, ia tidak dikhususkan untuk…