Hyundai Ioniq 5 EV pertama dipasang di Singapura, harga bermula RM328k

oleh Mohamad Hanif|
Selepas perancangan asal ditunda akibat wabak pandemik COVID-19, Hyundai Motor akan melancarkan model kenderaan elektrik Ioniq 5 versi pemasangan tempatan menjelang separuh pertama tahun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

100 unit pemasangan pertama yang keluar dari fasiliti Hyundai Motor Group Innovation Centre di Jurong itu akan dibezakan dengan beberapa ciri unik, seperti:

  • penggunaan warna Gravity Matte Gold
  • kemasan dalaman Dark Pebble Grey
  • lencana khas 'First 100' dan logo 'First 100' pada perehat kepala
  • nombor pendaftaran khas EVS, membawa maksud EV yang dipasang di Singapura

Menurut laporan, fasiliti Hyundai di Jurong itu dijangka siap pada bulan April ini dan dikatakan mampu mencapai kapasiti pengeluaran sehingga 30,000 unit setahun menjelang tahun 2025.
 

ioniq 5


Untuk permulaan, fasiliti itu akan mengimport kerangka badan yang sudah dicat dari Indonesia, sementara komponen lain dihantar dari Korea Selatan.

Kilang automasi tinggi itu akan menggunakan tenaga robot yang akan dikendalikan tidak lebih daripada 30 orang.

Selain daripada model Ioniq 5, Singapura juga akan menjadi lokasi pemasangan bagi model Ioniq 6 dan Kona Electric generasi baharu.
 

Ioniq 5


100 unit pertama Ioniq 5 itu membawakan spesifikasi motor elektrik berkembar dengan jarak gerak jauh di mana harga jualan bermula dari S$147,800 (RM485,061) tidak termasuk harga sijil kelayakan (COE).

Sementara versi motor elektrik tunggal dengan jarak gerak standard pula dijual bermula sekitar S$100,000 (RM328,188), juga tidak termasuk kos COE.

Di sana, Hyundai menawarkan pakej servis percuma selama 10 tahun, diikuti pakej jaminan menyeluruh sehingga 10 tahun atau jarak gerak 160,000 km pada kapasiti bateri 70 peratus.

Sekiranya bateri Ioniq 5 tersebut gagal berfungsi atau mengekalkan 70 peratus kapasiti bateri sebelum tahun ke-10, ia akan digantikan oleh Hyundai secara percuma.
 

ioniq 5


Sebagai perbandingan, Hyundai Malaysia menawarkan tiga varian Ioniq 5, di mana versi Lite (RM207,808) & Plus (RM238,408) didatangkan dengan motor elektrik tunggal (170 PS/350 Nm) dengan pek bateri 58 kWh yang membenarkan jarak gerak 384 km.

Sementara varian Max (RM270,408) pula mendapat tetapan dua motor elektrik (305 PS/605 Nm) dengan sistem pacuan semua roda, dan pek bateri 72.6 kWh dengan jarak gerak sehingga 430 km.

Sumber: The Straits Times

Berita Berkenaan

Pelancaran
Tidak seperti model terdahulu, GLA-Class hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLA 200 sahaja,…
Berita Domestik
Selain berpeluang melihat dengan lebih dekat beberapa buah model yang dijangka akan masuk Malaysia…
Berita Domestik
Usaha sama pertama dengan Go Auto adalah untuk mengimport kenderaan elektrik di bawah jenama Neta,…