Hyundai IONIQ 5 menang Anugerah Kereta Dunia (WCOTY) 2022!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hyundai IONIQ 5
Hyundai IONIQ 5
Hyundai sekarang ini sudah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pengeluar kenderaan antarabangsa lain.

Apa buktinya? Produk canggih, cantik dan hebat yang ditawarkan kepada pengguna.

Lebih menonjolkan kehebatan Hyundai apabila IONIQ 5 menerima pengiktirafan berprestij Anugerah Kereta Dunia (WCOTY) 2022.

Bukan setakat itu, IONIQ 5 menang dua lagi anugerah iaitu Kereta Elektrik dan Reka Bentuk Kereta Dunia 2022 yang diumumkan pada Pameran Kenderaan Antarbangsa New York (NYIAS).

IONIQ 5 adalah model pertama dalam siri kenderaan elektrik Hyundai yang dikenali sebagai IONIQ.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hyundai IONIQ 5 World Car of The Year 2022

 

Pertandingan yang memasuki edisi ke-18 ini dianjurkan oleh World Car Awards.

IONIQ 5 diiktiraf barisan juri yang terdiri daripada 102 jurnalis automatif dari 33 buah negara dan tambahan terbaru kepada koleksi anugerah yang telah diterima sebelum ini.

IONIQ 5 bersaing dengan 27 buah model yang dilancarkan pada 2021 dan menang tiga anugerah sekaligus.

Pada Februari lalu, Ketua Pegawai Kreatif Hyundai Motor Group, Luc Donckerwolke dinamakan sebagai Individu Kereta Tahunan (World Car Person of the Year) 2022.

 

Hyundai IONIQ 5

 

IONIQ 5 dibangunkan dari platform Electric-Global Modular Platform (E-GMP) dengan ruang dalaman yang luas dan bukan sekadar hatchback biasa.

Seperkara menarik, gandar platform ini boleh dianjak ke depan atau belakang berdasarkan keperluan dan memberikan lebih banyak ruang berbanding kenderaan konvensional.

Model pacuan dua roda dan dengan kapasiti bateri hingga 77.4 kWH boleh membawa anda sekitar 470 - 480 kilometer (standard WLTP).

Pengecasan pantas pula membolehkan IONIQ 5 dicas dari 10 hingga 80 peratus dalam masa 18 minit sahaja.

 

Hyundai IONIQ 5

 

Dari segi reka bentuk, IONIQ menggunakan gayaan hatchback berkotak namun memikat dari segi perincian. 

Para pereka menggunakan gaya bahasa Parametric Dynamics yang membawakan permukaan ala berlian.

Bahagian luar diserlahkan dengan garisan kemas dan tajam manakala lampu utama dan belakang LED Parametric Pixel menyerlahkan lagi crossover ini.

Iya, Hyundai memanggil IONIQ 5 sebagai crossover. Jarak roda pula panjang, 3,000 mm dan boleh dibayangkan ruang dalamannya.

Konsol tengah boleh digerakkan untuk lebih kebebasan kepada pemandu dan penumpang.

 

Hyundai IONIQ 5

 

Turut menjadikannya istimewa ialah bahan mesra alam yang digunakan seperti cat biologikal dan kulit yang diproses secara eko.

Tidak sekadar melihat dari jauh, anda berpeluang untuk memandu uji atau mendapatkan IONIQ 5 di pasaran tempatan.

Hyundai Sime Darby Motors telah melancarkan IONIQ 5 pada Mac lalu dengan tiga varian utama iaitu Lite, Plus dan Max.

Model Lite dan Plus mempunyai jarak gerak 340 km dan lebih jauh untuk Max iaitu 430 km. Harga pula menarik bagi sebuah EV iaitu RM199,888, RM229,888 dan RM259,888.

Kos untuk pemasangan pengecas AC ialah RM6,000 untuk 7kW dan tambahan RM1,000 bagi jenis 22 kW.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Hyundai IONIQ 5

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Hyundai membangunkan kereta lumba ini untuk bersaing di dalam kelas eN1 yang baru diwujudkan di…
Berita Global
Antara yang terlibat termasuklah wakil daripada Hyundai Motor Company itu sendiri, diikuti wakil…
Pelancaran
Sistem e-Corner merupakan modul pakej semua-dalam-satu merangkumi brake by wire, steer by wire,…