Hyundai Ioniq 5 N bakal hadir dengan runut bunyi enjin palsu, sistem N Drift Optimizer

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai bakal merancakkan dunia kenderaan elektrik dengan kehadiran model berprestasi tinggi di bawah jenama N, iaitu Hyundai Ioniq 5 N.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Rupa sebenar Ioniq 5 N masih lagi berjaya disembunyikan disebalik pelekat samaran, namun Hyundai ada mendedahkan beberapa perincian unik yang wujud pada model tersebut.

 


Menerusi video teaser yang baharu sahaja dimuatnaik, Hyundai memperdengarkan kepada kita semua runut bunyi enjin palsu (artificial) yang unik.

Bunyi enjin tersebut telah ditala semula bagi menghasilkan satu alunan unik yang akan berinteraksi mengikut pemanduan semasa, serta mampu menghasilkan bunyi ‘letupan’ (pop & crackle) saat pemandu mengangkat kaki daripada pendikit.
 

ioni5


Ia juga boleh meniru bunyi yang terhasil saat operasi penukaran gear rendah dilakukan pada kenderaan berenjin pembakaran dalaman.

Antara ciri pemanduan lain termasuklah sistem N Drift Optimizer yang dibantu dengan komponen pembeza gelincir terhad elektronik (e-LSD) dan sistem N Torque Distribution.
 

iono1


Berdasarkan petunjuk yang diberikan oleh bos besar Hyundai N Albert Biermann, Hyundai Ioniq 5 N akan menampilkan tetapan motor elektrik berkembar dengan janaan kuasa menghampiri angka 600 hp, diikuti dengan tetapan suspensi dan brek yang mampu mengubah EV tersebut menjadi jentera yang sangat ampuh di dalam litar.

Lebih banyak perincian bakal diketahui menjelang pelancaran rasmi Hyundai Ioniq 5 N dalam masa terdekat.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu, Subaru tetap menjanjikan sesuatu yang lebih istimewa untuk peminat WRX dengan…
Berita Global
Selepas pelancaran model Levorg STI Sport pada awal tahun yang lalu, Subaru dijangka akan…
Berita Global
Jika dilihat dengan teliti, rekaan papan pemuka E-Class serba baharu itu banyak mengambil inspirasi…