Hyundai Ioniq 5 terpakai dengan liveri Martini untuk dijual - perbatuan 500 km sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah unit terpakai Hyundai Ioniq 5 muncul di Central Garage Glarus, Switzerland, dan sedia untuk dilepaskan kepada mereka yang berminat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menariknya, ia menampilkan liveri Martini yang diinspirasikan daripada jentera rali Lancia Delta, lengkap dengan logo Martini pada hud depan, jalur pada bahagian sisi kiri dan kanan, serta logo Martini pada pintu depan.
 

EV


Menurut semakan, unit Hyundai Ioniq 5 yang didaftarkan pada Februari tahun ini mempunyai tanda harga CHF 61,900 (RM279,376) dan dengan jarak perbatuan yang amat rendah, sekitar 500 km sahaja!

EV ini dilengkapi dengan pek bateri 72.6 kWh dengan jarak gerak 430 km, serta sepasang motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 302 hp dan daya kilas 605 Nm, diikuti pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.2 saat.
 

Ioniq 5


Sebagai perbandingan, Hyundai Ioniq 5 spesifikasi Max yang dijual di Malaysia mempunyai tanda harga sekitar RM259,888.00.

Baca: Spesifikasi Hyundai Ioniq 5

Baca: Harga jualan Hyundai Ioniq 5 di Malaysia

Sumber: Central Garage Glarus

Berita Berkenaan

Berita Global
  Hyundai membangunkan kereta lumba ini untuk bersaing di dalam kelas eN1 yang baru diwujudkan di…
Berita Global
Antara yang terlibat termasuklah wakil daripada Hyundai Motor Company itu sendiri, diikuti wakil…
Pelancaran
Sistem e-Corner merupakan modul pakej semua-dalam-satu merangkumi brake by wire, steer by wire,…