Hyundai Ioniq 6 First Edition mendarat di UK, harga cecah RM300k

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai Ioniq 6 merupakan ahli kedua di dalam keluarga kenderaan elektrik Ioniq selepas Ioniq 5 dengan membawakan rekaan sedan fastback lima pintu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ia bakal dilancarkan secara rasmi di UK dimulakan dengan kehadiran model khas "First Edition" yang bakal ditawarkan dalam unit terhad dan harga jualan bermula dari £54,995 (RM299,710).
 

Ioniq


Hyundai Ioniq 6 First Edition ini menerima konfigurasi motor elektrik tunggal dengan kuasa keseluruhan 320 hp dan 605 Nm, dipadankan dengan pek bateri 77.4 kWh.

Senibina 800 voltan yang disokong oleh platform E-GMP ini mampu menyokong pengecasan pantas 350 kW.
 

ioniq


Terdapat beberapa elemen yang membezakan model First Edition dengan model standard Ioniq 6, seperti contoh rim 20 inci dengan kemasan hitam kusam, kemasan hitam berkilat pada bahagian bampar depan, bampar belakang, skirt sisi serta perumah cermin sisi.

Empat warna disediakan terdiri daripada Biophillic Blue Pearl, Serenity White Pearl, Nocturne Grey Metallic, dan Gravity Gold Matte.
 

EV


Kemasan yang unik turut dipadankan pada ruang kabin IONIQ 6 First Edition, di mana ia tampil dengan penggunaan warna hitam pada headliner, tempat duduk balutan kulit serta fabrik Grey Tartan, serta alas lantai dengan kemasan Grey Tartan.

Berita Berkenaan

Berita Global
IONIQ 6 telah diiktiraf kerana memenuhi penilaian ketat kelayakan kemalangan IIHS  dan sistem…
Model Terbaharu
Varian baharu yang dimaksudkan itu ialah IONIQ 6 Lite dan IONIQ 6 Plus, di mana kedua-dua merupakan…
Pelancaran
Sama seperti IONIQ 5, IONIQ 6 dibangun berdasarkan platform E-GMP, dengan senibina elektrik 800…